Postby tombek »
Assalamualaikum...
kita tahu kalau hendak beli daging mestilah daging binantang ygdi sembelih,tetapi bagaimana jika bahagian dalaman seperti limpa,paru,hati dll adakah sama juga kena dari binatang yg disembelih atau boleh makan dari yg tidak sembelih
_____________________________________
Postby Abu_Umair »
- Syarak mengharamkan bangkai, sebagaimana firman Allah: "Dan diharamkan ke atas kamu (makan) bangkai". (Al-Maidah: 3).
Apabila satu haiwan itu mati tanpa disembelih, maka ia adalah bangkai, termasuk dagingnya, kulitnya, hatinya, limpanya, perutnya dan semua bahagian binatang itu. Maka diharamkan memakan apa sahaja bahagian daripada bangkai itu.
Kata al-Jassas dalam Ahkam al-Quran: "Tuntutan ayat ini ialah haram kesemua bahagian (bangkai itu). Tidak dikhususkan mana-mana bahagian melainkan suatu yang disepakati bahawa ia dikecualikan".
Wallahu A'lam.
January 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment