January 12, 2010

Syak Status Halal Sesuatu Makanan

Postby awoi »

Assalamualaikum,

1)saya tak tau nk letak topik kat mana, so saya pilih jelah under isu semasa.

Saya nk tanya, apakah status nya untuk kita atau dari segi hukum apabila kita makan benda yg kita sendiri xtau status halal or haram. kalau kita tau benda tu halal xde masalah, tp kita x tau. kalau kita was-was, maka kita x bleh makan makanan itu atau boleh?kalau di tempat lain mcm mana, kalau di malaysia x perlu lah kot sbb kita ada byk lagi makanan halal yg lain.


andaikata kita yakin bahawa makanan itu halal, tetapi sebenarnya haram atau kita was-was dan kita makan akhirnya kita tau..makanan tu haram...so macam mana?

sbb yg saya tau, setiap benda haram ni neraka tempatnya...kalau da makan benda haram...macam mana status nya?samada secara kita tahu or kita xtahu...


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Postby al-jawhar »

salam

Dalam Islam , kita dituntut untuk mengetahui status sesuatu makanan samada ianya halal atau haram dimakan.Ini berdasarkan kepada firman Allah swt dalam surah Al-Mukminun ayat : 51 :

يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ

Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang saleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Dalam satu hadis pula , Rasulullah saw pernah menyebut tentang seorang lelaki yang jauh perjalanannya , kusut masai dan berdebu rambutnya lalu menadahkan tangannya ke langit memohon kepada Allah swt dengan berkata : Wahai Tuhanku , wahai Tuhanku…sedangkan makanan, minuman dan pakaiannya adalah haram dan dia diberi makan dengan benda-benda yang haram juga.Maka bagaimanakah permintaannya akan dikabulkan. (HR Imam Muslim : 1015)

Ini bermakna , makanan yang baik dan halal adalah menjadi salah satu syarat untuk diterima dan dimakbulkan doa seseorang itu.

Maka , kesimpulannya , sekiranya kita tidak yakin akan status halal haram sesuatu makanan tersebut , dari sudut berhati-hatinya , adalah lebih baik kita meninggalkan sahaja makanan tersebut kerana ia meragukan dan beralih lah kepada makanan lain yang tidak diragukan status halal haramnya sebagaimana sabda Rasulullah saw :

دع ما يريبك إلى مالا يريبك

Tinggalkan apa-apa yang meragukan kamu kepada yang tidak meragukan kamu
(Hadis Hasan riwayat Imam Tirmizi)

WA

1 comments:

Anonymous said...

Kalau kawan saya bagi makan marshmallow. lepas makan terfikir, macam mana kalau ia mengandungi gelatin babi. jadi perlu ke saya sertu tangan saya yang telah pegang makanan tersebut, mula - mula fikir takkan la dia nak bagi makanan haram, nak menolak makanan tu pun rasa serba salah sebab dah banyak kali tolak ajakan makan dia. tapi tengok pembalut, beli kat kedai snek & gula gula dijual non-muslim. jadi ada keraguan di situ. macam mana ye? terima kasih

Post a Comment