January 12, 2010

Terpaksa Sembelih Lembu Dua Kali

Postby muridulhaq »

wassalam

seorang penyembelih ketika sedang menyembelih se\kor lembu tiba2 ia menggelupur dan terjatuh pisau tanpa sengaja. lembu pun terlepas.
kmdn lembu tadi ditgkap dan disembelih kali kedua....
adakah sah sembelihan tadi dan boleh dimakan...


________________________________
Postby Abu_Umair »

- Jika berlaku sembelihan dua kali disebabkan keadaan darurat, seperti pisau terlepas secara tidak sengaja, maka sah sembelihan itu secara sepakat ulama. Sebahagian ulama mensyaratkan ketika disembelih kali kedua, binatang itu masih dalam hayat mustaqirrah (kehidupan yang kuat, seperti masih kuat menggelepur).

- Jika berlaku sembelihan dua kali, tanpa ada darurat, tetapi sembelihan kedua itu dilakukan secara segera sejurus selepas itu, maka ada khilaf ulama. Yang ditarjihkan oleh Lajnah Fatwa IslamWeb ialah sah sembelihan itu.

- Tetapi jika sembelihan pertama belum sah, kemudian binatang terlepas, dan mengambil masa yang lama untuk dilakukan sembelihan kedua, sedangkan ia sudah sampai kepada hayat mazbuh, maka tidak sah sembelihan itu.

Wallahu A'lam.

2 comments:

nisa 2288 said...

syukran atas pkongsian isu ini...cume leh tak post mane dapat asal sumber hukum mfenai isu ini c0z utk sahihkan lg hukum ini....:)

Unknown said...

nisa bleh tng0k di majlis fataw negeri terengganu..tahun 2000..mekasih

Post a Comment