January 12, 2010

Benarkah Daging Korban Tidak Boleh Dimakan Binatang Lain

Postby izz »

ana ada sedikit pertanyaan berkatan tajuk yang diberikan berkaitan Benarkah Daging Korban tidak Boleh dimakan oleh Binatang (spt kucing)?


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Postby al-jawhar »

salam

Labihan (saki baki @ sisa) daging atau tulang korban boleh sahaja dibuang tanpa perlu menanamnya berdasarkan tidak adanya dalil yang menyuruh untuk menanamnya.

Maka secara logiknya , apabila ianya tidak ditanam , sudah tentu lebihan atau sisa tersebut akan dimakan oleh mana-mana binatang samada kucing , anjing dan sebagainya.

Apa yang jelas , tidak terdapat suruhan dari syarak agar kita menjaga dan mengawasi segala lebihan atau sisa daging dan tulang korban atau aqiqah daripada dimakan oleh kucing dan sebagainya.

Malahan , yang sememangnya terdapat dalam syarak ialah lebihan daging korban atau aqiqah tersebut adalah menjadi makanan bagi binatang-binatang dari kalangan jin sebagaimana yang tersebut dalam hadis Rasulullah saw :

Berkata Ibn Mas'ud ra : 'Rasulullah berkata : Salah seorang dari kalangan Jin telah memanggilku, dan Aku pergi bersamanya, membaca al-Quran kepada mereka.' Dia membawa kami melihat kesan mereka dan kesan api mereka, dan mereka bertanya baginda mengenai makanan dan baginda bersabda : 'Bagi kamu semua TULANG yang disebut nama Allah yang kamu perolehi, bagi DAGING pula, dan semua lebihannya bagi binatang kamu'. Nabi bersabda : 'Maka jangan kamu beristijak (membersihkan diri) dengannya, kerana ia adalah makanan yang diperuntukan kepada saudara kamu'

(HR Imam Muslim : 450)


WA

0 comments:

Post a Comment