January 10, 2010

Makanan Masakan Orang Bukan Islam Vegetarian

Postby ADN »

salam

Saya was-was mengenai makanan yg disediakan oleh orang bukan Islam. Ada orang bukan Islam (Orang India dari India) ada membawa makanan yg dimasak di rumahnya, dia kata Vegetarian.
APAKAH HARUS DIMAKAN ATAU MACAMMANA.
wassalam


_________________________
Postby thtl »

wassalam

Jawab:

Dasar pemakanan dalam Islam ialah Halalan Tayyiban (Halal lagi bersih) Dalil: AQ 2: 168 (Hai sekalian manusia, makanlah yg halal lagi baik (bersih/berkhasiat/bermutu/lazat) dari apa yg terdapat di bumi..")

Halal dan baik itu sudah semestinya datang dari orang Islam sendiri, pengusaha makanan yg mukmin. Namun, tidak ditegah kita memakan makanan dari non-muslim jika halal dan tayyib ini dapat dijamin.

Sebab itu ada standard Halal atau logo Halal. Ini kerana dalam kehidupan harian sebagai pengguna, umat Islam menerima bekalan makanan dari seluruh dunia baik ahlil kitab atau musyrikin. Maka logo Halal itu banyak membantu.

Maka dalam situasi anda, ia terserah pada anda sendiri menentukan. Jika non-muslim itu anda kenali dan sahih ia vegetarian (makanan berasaskan bukan punca haiwan), maka harus memakannya (termasuk halal dan tayyib). Jika dia tidak dikenali oleh anda..maka ia termasuk syubhah. (Fatawa Brunei, Irsyad Hukum, 1999) WA

6 comments:

Anonymous said...

Makanan vegetarian bermaksud, orang vege tak makan benda yang berdarah n makanan yang dibuat daripada sesuatu bahan yang mengeluarkan darah ...cnth: bebola..nugget...!!Kalau nak dikatakan nak makan makanan halal kat kedai orang islam pun..belum tentu halal.....tau kenapa?

Sebab, bukan orang islam je datang kedai makan makanan tu...malah semua orang datang makan...sudu yang disediakan untuk makan , semua orang guna yang sama...kita pun tak tau sbelum kita guna susdu tu, siapa lagi yg dah guna.....kalau orng yang dtng mkn kat kedai lps makan khinzir... orng bleh tau ke???

Orang islam pun tak paham apa tu vege....kalau kita ckap nak makan vege kat kedai melayu,,...diaorng masukkan ikan bilis..ngan teluR...vege ke namanya?????

Anonymous said...

kepada anonymous...kalo anda memcaba topik yang dibincangkan disebelah ni"sudu bekas di guna orang bukan islam" telah dijelaskan tidak menjadi masalah untuk orang islam menggunakannya..asalkan cukup sekali basuhan bersih..tidak perlu cuci dengan air tanah...

Anonymous said...

kalo nk mkn tu bgtau la vege tu apa, x semua org tau, contoh: sy nk ns grg vege, ckp la skali nak sayo saja, jgn letak telor ke ikan bilis ke apa je yg berdarah... xde mulut ke nk bgtau?? mcm sy ckp td, x semua org tau ape itu vegeterian, yg tau.. tau la...

Anonymous said...

Vegetarian yg saya faham dari seorang kwn pengamal vegetarian adalah halal dimakan. Mereka tidak mkn dari sumber yg berdarah. Kalau yg vegetarian tahap rahib mereka tidak akan makan masakan vegetarian yg telah dimasak menggunakan peralatan yg pernah digunakan memasak ayam/ikan & yg sewaktu dgnnya. Mereka ada panel vegetarian yg memantau status vegetarian sesuatu restoran vegetarian sebagaimana kita ada panel yg memantau kehalalan restoran halal kita.

Anonymous said...

uih garang betul anon 1 dan 3. lepak je laa. cakap elok2 kan boleh. budi bahasa budaya kita kan. aiyo.

pada saya, lebih baik kita ke restoran yang halal saja. tapi kalau kawan kita mengamalkan pemakanan vegan, dan kita confirm dia mmg tak makan binatang dsb, tidak menjadi masalah, seperti yang dijawab. tapi kalau tak confirm, baik jangan makan kan.

Anonymous said...

xusah berbincang sume.. xde guna nya jgk... last2 haram jgk jd...

senang cite mcm ni jela... hahaha... usah la duk mkn mknan cina.. air tangan cina... usah pergi beli kedai cina... makan kedai mlayu je beli brg mlayu je.. wtpa bazir mse nk berbincang? mknan melayu 100% gerenti halal.. air tangan org mlayu 100% berkat...

k bye~

commenter : dari seorang cina.......

skian makaseyhh...

Post a Comment