January 10, 2010

Dilarang Sembelih Dengan Gigi dan Kuku

Postby cikgu73 »
Assalamualaikum Wmt Wkt

Jazakumullah atas jawaban

1. Dalam hadis ada disebut hanya kuku dan gigi sahaja yang dilarang guna sebagai alat menyembelih...bagaimana dengan serpihan kaca atau kayu yang ditajamkan seperti buluh yang tajam hingga boleh memutuskan urat binatang atau pisau yang dibuat dari batu...adakah benda ini boleh digunakan sebagai alat menyembelih


_________________________
Postby thtl »

wassalam

Jwb:

Boleh saja apa jua alat yg tajam. Adapun disebut secara khusus larangan terhadap gigi dan kuku. Hadis Raafi' bin Khudaij ra itu menerangkan," Nabi bersabda: "adapun gigi itu sebenarnya (sejenis) tulang dan kuku itu adalah pisau orang Habsyah."(Bukhari-Muslim-Termidzi-Abu Daud-Nasa'iy-Ibn Majah

Ibn Salah menjelaskan Orang Habsyah tidak boleh dicontohi kerana mereka adalah orang bukan Islam. Ima Syun'ani (Subulus_Salam) dari hadis ini semua alat selain kuku dan gigi adalah harus. WA

0 comments:

Post a Comment