January 12, 2010

Buruan Mati Ditembak

Postby Guest »

ustaz, tajuk itulah kesnya, so adakah boleh dimakan burung tersebut? memang x sempat nak disembelih dah. adakah kena sembelih kalaupun dia dah mati?

bagaimana kalau binatang lain?

trimakasih. wassalam


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Postby albaruhiyy »

Assalamualaikum

Alhamdulillah, dalam fatwa Islamqa.com ada disebutkan tentang kes seperti di atas. Jawapannya ialah jika ditembak binatang buruan sama ada burung atau sebagainya dengan senapang dan anda telah menyebut nama Allah Taala (membaca bismillah), lalu tepat mengenai sasarannya, dan binatang itu mati akibat tembakan tersebut., maka ia halal dan harus dimakan.

Namun jika sempat mendapatkannya dalam keadaan hidup, wajib menyembelihnya.

Sheikh Ibn Uthaimin pernah ditanya adakah burung yang ditembak dengan senapang dan mati, adakah ia halal atau haram.

Jawab Sheikh bahawa jika anda menembak dengan senapang akan binantang buruan seperti burung dan seumpamanya cthnya arnab, kijang dan anda menyebut nama Allah ketika melepaskan tembakan, maka ia halal sekalipun anda mendapatinya telah mati akibat tembakan.

Dalilnya sabda Nabi s.a.w :
”Apa yang menumpahkan darah dan disebutkan nama Allah padanya maka makanlah”.

Tetapi, jika masih hidup, yakni hayah mustaqirrah (hidup yang kuat), maka wajib anda menyembelihnya dan menyebut nama Allah ketika sembelihan dilakukan. Jika anda tak menyembelihnya dan mati selepas itu, maka binatang buruan itu menjadi haram dimakan.

[Sila Rujuk : http://www.islamqa.com/ar/ref/121239]

0 comments:

Post a Comment