January 12, 2010

Daging Khinzir Sahaja Yang Haram

Postby Guest what »

salam

Kemusykilan saya ttg, adakah yg yg diharamkan keatas babi itu hanya DAGINGnya shj... atau keseluruhannya. Hujah dorang : dalam quran hanya sebut "wa lahmah khinzir..."

Mohon penjelasan & maaf sekiranya soalan ulangan. terima kasih


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Postby Abu_Umair »

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Pengharaman babi walaupun disebut dalam al-Quran dengan lafaz 'Wa Lahmal Khinzir' (daging babi) tetapi ia meliputi semua bahagian babi, termasuk lemak, kulit dan lain-lain.

Kata Ibn Katsir, "Dan daging (babi) meliputi semua bahagian-bahagiannya sehingga lemak... sebagaimana ia difahami daripada Bahasa Arab dan uruf yang tetap." (Tafsir Ibn Katsir 3/16).

Di dalam hadis Buraidah al-Aslamiy, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

من لعب بالنردَشير فكأنما صَبَغَ يده في لحم الخنزير ودمه

Maksudnya: "Sesiapa bermain Nardasyir, maka seolah-olah dia mencelupkan tangannya dalam daging babi dan darahnya".
Direkod oleh Muslim (no: 2260).

Jika menyentuh daging dan darah babi pun dianggap tercela oleh syarak, maka apatah lagi untuk menjadikannya makanan.

Kata Ibn Katsir, "Di dalam hadis ini terdapat dalil bahawa daging babi meliputi segala bahagiannya termasuk lemak". (Tafsir Ibn Katsir 3/16).

Wallahu A'lam.

3 comments:

Anonymous said...

salam....saya betul2 keliru...
rakan saya bakal bekerja di sebuah hotel di luar negara, di mana beliau pasti(seperti yg dimaklumkan oleh supervisor hotel tersebut) bahawa dia akan terbabit dari segi penyediaan daging babi itu..adakah cukup dgn hanya memakai glove tgn? apakah hukumnya org Islam menyediakan daging babi kepada org bukan Islam?

Admin said...

W'salam

Jika memakai glove mungkin boleh mengelakkan najis khinzir (sedangkan ulamak masih berbeza pendapat tentang kenajisan khinzir)tetapi menghidangkan makanan yang telah diharamkan oleh Allah lebih2 lagi kepada non muslim adalah tetap satu DOSA walaupun diri sendiri tidak memakannya...

Usahakan mata pencarian lain yang tidak melibatkan hidangan khinzir

Anonymous said...

Salam

Berkenaan hal diatas, saya belajar di luar negara dan saya bekerja separuh masa di kafeteria sekolah saya yang sememangnya menjual sebahagian makanan yang berasaskan babi. Adakah mata pencarian saya itu haram walaupun saya bekerja sebagai cleaner? Saya sangat memerlukan wang tambahan kerana saya ingin menabung
sejumlah wang

Selain itu, saya juga bekerja sebagai pembuat sandwich di situ di mana ada beberapa bahan adalah babi. Saya sentiasa memakai glove dan sentiasa membawa sabun taharah bersama saya. Setiap kali saya habis bekerja, saya akan mencuci tangan saya seperti mencuci najis mughallazah agar saya tidak membawa sebarang najis. Adakah patut saya terus bekerja di situ memandangkan sebarang pekerjaan di tempat saya itu amat susah untuk di dapati dan saya amat menghargai peluang pekerjaan yang diberi kepada saya.

Harap dapat memberi jawapan kepada persoalan ini,terima kasih

Post a Comment