January 12, 2010

Adakah Christian Orthodox Di Russia Ahlil Kitab

Postby lekirlekiu »

Assalamualaikum.

Sy seorg pelajar yg sudah 5tahun menetap dibumi Russia sebagai seorng yg menuntut ilmu alhamdulillah. Di russia utk pengthuan dr. mereka menrupakan kristian Ortodox. Boleh sy katakan hampir semua masyarakat russia adalah kristian ortodox. Sy tidak pernah lagi melihat adanya org2,student2 yg beragamakan komunisme. sebahagian masyarakat tempatan ialah muslim. soalan sy seperti dibwh...

1) adakah kristian ortodox ini dikira sebagai ahlil kitab? apakah hukum memakan sembelihan mereka? sebagai contoh makan di kantin hospital atau ditempat2 awam seperti di pusat membeli belah di sini? Ada sebahagian pelajar berpegang dgn Fatwa Qardawi yg boleh makan sembelihan ahlil kitab. Maka pelajar2 ni memakan mknn seperti McD, Rostik KFC, makanan2 yg dijual di pusat membeli blh dgn mengunakan Fatwa Qardawi.

2) majlis fatwa di russia menolak adanya ahlil kitab..seperti majlis fatwa malaysia menolaknya. adakah masih boleh kita dinegara yg mana majlis fatwa dinegara tersebut menolak ahlil kitab tetapi kita yg mendiami negara tersebut mengatakan masih ada lagi ahlil kitab? apa hukum nya menolak fatwa tersebut yakni masih lagi memakan mknn ahlil kitab? yakni sama ada di malaysia atau di russia.

3) ada kwn sy berpendapat dan ustaz2 dari mesir berpendapat pendapat mufti atau qadi boleh membatalkan khilaf? betulkah pendapat ini? apakah yg boleh membatalkan khilaf? adakah hny satu pendapat mufti atau qadi? inginkan penjelasan lanjut.

Sy harap pihak dr. dapat menjawabnya bagi menjaga kemasahalatan umat islam n pelajar2 malaysia di sini khususnya.


____________________________________
Postby kamin »

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Kami minta maaf diatas kelewatan menjawab soalan ini.

1. Kristian orthodox juga tergulung kepada apa yang didefinasikan oleh sebahagian ulama sebagai Ahli Kitab. Dikalangan ulama’ Saudi dan lain2 masih beranggapan bahawa Kristian sekarag masih lagi boleh digolongkan kepada Ahli Kitab, kerana Ahli kitab juga terbahagi kepada mereka yang’ beriman dan tidak beriman. Firman Allah swt:-

“Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada agama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh. “ [Surah Aal-Imran : 113-114]

Bagi ulama’ ini, mereka mengatakan bahawa hukum berkahwin dengan wanita Ahli Kitab dan memakan makanan sembelih mereka masih lagi kekal diamalkan pada masa kini. Pendapat ini jugalah dipegang oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi.

Sheikh Abdul Rahman al-Baraak mengatakan bahawa jika binatang tersebut dibunuh bukan dengan cara sembelihan, seperti menggunakan kejutan letrik dsb, maka binatang tersebut tidak boleh dimakan. Beliau mengatakan bahawa sembelihan orang Kristian dan Yahudi (Jews) boleh dimakan oleh orang Islam.

Penjelasan mengenai siapa itu ahli Kitab dan huraiannya bolehlah melayari URL berikut :-

SJ-01-0127 : Siapa Ahli Kitab Yang Disebut Di Dalam AQ? – al-Fadhil Ustaz Abu Umair
http://www.al-ahkam.net/home/index.php? ... ic&t=35921

2. Selama-mana perkara itu dikhilafkan ulama’, samada ia fatwa ataupun pendapat, seseorang berdasarkan pemahamannya berhak memilih pendapat mana yang ingin dia amalkan. Perkara ini sama sahaja dengan kaedah memilih Mazhab yang kita cenderung. Jika di Russia mengamalkan Mazhab yang bukan Mazhab Syafie, kita berhak beramal dengan Mazhab Syafie walaupun kita berada di Negara mereka, begitulah juga jika wujud fatwa yang masih wujud khilaf didalamnya.

3. Khilaf merupakan perselisihan didalam bab-bab ranting atau cabang (furu’), dan ia tidak menyentuh perkara USUL. Khilaf ini berdasarkan nas yang shahih, di mana masing-masing melihat dari pelbagai sudut yang berbeza dan ada yang melihat dari sudut yang sama, tetapi pentafsiran yang berlainan. Biasanya keputusan Qadi atau Mufti dinamakan fatwa, dan tidak boleh seorang Qadi membatalkan khilaf yang ada. Sebagai contoh; Bab Do’a Qunut semasa solat Subuh didalam mazhab Syafie. Ia khilaf ulama’, akan tetapi sesiapapun boleh membatalkan pegangan Imam al-Syafie rh, kerana pegangan beliau masih bersandarkan kepada nas!

Sekian, wassalam

************************************
Dua contoh fatwa dari IslamOnline.net

Fatwa 1 :-

Guest Name Sheikh Muhammad Iqbal Nadvi
Profession Director and Imam of Al-Falah Islamic Center, Oakville, Ontario, Canada.
Subject General Fatwa Session
Date Thursday,Jun 12 ,2008

Question :

Name Yussuf -
Profession
Question Salam `Alaykum, dear Sheikh, I live in UK. My question is about eating beef or chicken from the restaurant of the People of the Book, such as KFC (Kentucky Fried Chicken), or McDonalds is it allowed? Is it necessary to investigate how they are slaughtered? Jazakallah!

Answer

Wa `alaykum As-Salamu wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.

Muslims are allowed to eat the food of the People of the Book. As Ibn `Abbas explained “the food of the People of the Book” as animals slaughtered by the Jews and Christians, we can simply say it is halal to eat animals slaughtered by them. Therefore, it is allowed to eat in the restaurants you mentioned.

Allah Almighty knows best.

Sumber : http://www.islamonline.net/livefatwa/en ... tID=HQelAC



Fatwa - 2

Name : A
Occupation : Student

Question :

Dear scholar Assalamu Alaykum,
I apologize for not typing my question in Arabic. My computer doesn’t have the Arabic windows. I live in the US, and sometimes we encounter satiations where we go and eat from non-Muslim owned restaurants. Therefore, Can a Muslim eat from regular American restaurants with out knowing the owner’s creed (whether he is from the people of the book or not). Also, can we eat from fast food restaurants (McDonalds or etc) as long as what we eat is halal (by nature)? One more thing, what do you think about Chinese restaurants? This is confusing; please make it clear for us. jazakumu Allahu khayran.


Answer :

Like this situation you can eat in every restaurant in non Muslim Countries like U.S etc and you don’t need to know if they are People of the Book "AHL KITAB", as long as we know that the common religion in US is Christianity and Islam allowed us to eat the food of Christians as our food Lawful for them.

Also it is similar to eat in any restaurant either McDonalds or elsewhere.
For Chinese, if they are Muslim or Christian or other people of Books we are allowed to eat there food, but if they are not we are not allowed to eat the meet they slaughtered, but we are allowed to eat any kind of food in their restaurants except meet.

NB: all sea food is not included what we have mentioned above. They are lawful in every where regardless to the religion of its buyers or cookers.

Sumber : http://www.islamonline.net/livefatwa/ar ... tID=4GKj4x

0 comments:

Post a Comment