January 12, 2010

Makanan Tanpa Logo Halal Jakim

Postby zifee_kl »

contoh situasi begini:

jika ingin membeli roti. tetapi jenama roti yg ada di pasaraya tidak ada yg bercop Halal JAKIM. Jika dilihat pada kandungan (pada bungkusan roti) tidak terdapat benda2 yg haram sama sekali. Adakah dengan melihat pd kandungannya yg zahir halal, juga kita rasa tenang menganggapnya halal tanpa was-was?? Adakah perkara ini termasuk dalam syubhat ??

minta penjelasan. syukran


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Postby al-jawhar »

salam

Ringkasnya , jika sesuatu makanan yang tidak terdapat logo halal JAKIM dan dalam masa yang sama juga senarai kandungan / bahan makanan tersebut tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan , maka roti tersebut dihukumkan halal dan boleh dimakan.Apatah lagi jika makanan tersebut adalah makanan yang lazim dimakan oleh umat Islam , seperti roti , kicap , keropok dan sebagainya.

Ini kerana kaedah syarak ada menetapkan bahawa Sesuatu yang tersembunyi tidak perlu diselidiki ....

tetapi , sekiranya Majlis fatwa atau JAKIM telah menetapkan bahawa , setiap makanan yang boleh dimakan oleh umat Islam malaysia mestilah mempunyai logo Halal JAKIM atau mana-mana badan Syariah yang diiktiraf , maka disitu hukumnya menjadi wajib bagi setiap muslim memastikan logo halal JAKIM itu wujud pada setiap makanan yang dibeli sebelum memakannya.

Secara mudahnya , jika makanan tersebut diproses dan dijual oleh individu yang beragama Islam , maka secara logiknya , ia boleh dimakan tanpa sebarang was-was..

Jika ianya diproses dan dijual oleh orang bukan Islam , maka jalan terbaik untuk lebih selamat ialah makanan tersebut mesti mempunyai logo Halal JAKIM , walaupun pada dasarnya ia boleh dimakan.

Walaupun begitu , [tinggalkanlah perkara yang meragukan anda dan beralih lah kepada perkara yang tidak meragukan.(alhadis) agar tidak terjebak kepada perkara-perkara syubhat.

WA

0 comments:

Post a Comment