January 9, 2010

Makan Di Restoran Orang Bukan Islam

Postby nexium »

Assalamu'alaikum ustaz..

Apa pendapat ustaz terhadap orang Islam yang makan di restoran orang kafir, terutama kami di luar negara yang jarang terdapat restoran muslim...

Seperti yang kita tahu pinggang mangkuk yang mereka gunakan adalah yang sama yang mereka gunakan untuk daging babi, dan tidak disamak mengikut kaedah syafi'e..

Dalam perkara ni, bolehkah kami menggunakan pendapat mazhab eg maliki yang tidak mensyarakkan kewajipan menyamak tersebut... atau ada tak kaedah lain yang boleh kami gunakan dalam masalah ini?

Wassalam

****************************
Postby thtl »

Jawab:

1. Hukum makan di premis/restoren non-muslim. Hukumnya : harus kerana asas pemakanan dalam Islam ialah halal dan bersih. Jika di pastikan halal (disembelih atau pengusaha restoren itu ahlil kitab) dan kebersihan terjamin, maka ia halal di makan (Dalil:" pada hari ini dihalalkan bagi kamu yg tayyibat" (alMaidah: 5) terjemahnya

Panduan: Jika anda musafir ke negara Kristian spt UK atau EC atau USA, hampir setiap bandar besar ada penempatan orang Islam dan anda lebih mudah kerana makanan orang Kristian-Yahudi boleh dimakan (kecuali khinzir) menurut jumhur.

2. Hukum makan di premis makanan yg menyediakan khinzir.
Restoren/Premis ini hendaklah dijauhi kecuali dharurat di mana nyawa orang Islam terancam kelaparan dan itulah satu-satunya restoren yg ada. Ini bukan masalah samak atau tidak tapi syubhat dari segi penyediaan makanan adalah suatu yg perlu dijauhi mengikut petua Imam Syuyuti,,"jika bercampur yg halal dan haram, maka dimenangkan yg haram."

Pastikan anda mencari restoren yg tidak menyediakan khinzir terlebih dahulu. Masyarakat Barat amat telus dan mereka akan menceritakan kepada anda jika anda bertanya mengenai makanan yg disediakan di premisnya.

3. apakah boleh menggunakan kaedah Malikiah?

Boleh jika dharurat.

Rujukan:
Fatwa Mufti kerajaan Brunei, Irsyad Hukum 1999
Fiqh alManhaji, Dr alBugho
Halal dan Haram, Dr Qardhawi (Allahu a'alam)

6 comments:

Anonymous said...

Salams,
Berkenaan dgn topik nih, saya nak bertanya jugak. Saya bekerja sebagai pelaut, di mana di atas kapal ini kebanyakannya non-muslim termasuklah tukang masak. Masakan harian kebanyakannya ada dicampur dgn daging khinzir akan tetapi ada masakan telah disediakan tanpa bahan tersebut. Kemungkinan besar pisau & alatan dapur sudah digunakan dlm persediaan masakan berunsurkan babi juga digunakan utk masakan yg tanpa babi (seperti seafood, vegetarian meals)... Soalannya, apakah hukum memakan masakan tanpa babi (atau daging yg halal)tersebut sedangkan alatan dapur tidak disamak dgn air tanah? Adakah saya harus menyediakan sendiri masakan saya, dgn menggunakan peralatan dapur saya sendiri (termasuk sudu & pinggan mangkuk) ? Terima kasih...

Ahmeedadam said...

Huh! Tak boleh makan langsung...HARAMMMMM...jangan makan langsung...biar kurus kering, kena gastrik, tak cukup zat, sakit sampai mati... (*tepuk dahi*)

Anonymous said...

still bley mkn ke klu x samak?

Anonymous said...

Peralatan dapur itu cukup sekadar dibasuh dengan air, menurut sabda Nabi:

Hadis berikut yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud – Hadis no. 3839 (Kitab pemakanan, Bab makan dalam perkakas Ahl-al-Kitab) menjadi rujukan:



“Abi Tsa’labah al-Khusyaini radhiallahu ‘anh berkata, saya bertanya epada Rasulullah S.A.W.: “Sesungguhnya kami bertetangga dengan Ahl al-Kitab. Mereka biasa memasak daging khinzir di dalam periuk mereka dan meminum khamar di dalam gelas mereka (lalu bolehkah kami menggunakan periuk dan gelas mereka?)”



“Rasulullah S.A.W. menjawab : “Jika kalian dapat menggunakan perkakas yang lain maka makan dan minumlah di dalamnya. Jika kalian tidak dapat perkakas yang lain, maka cucilah ia dengan air kemudian makan dan minumlah.”



Jawaban Rasulullah S.A.W. menunjukkan bahawa perkakas yang bersentuhan dengan daging khinzir tidak perlu disamak tetapi adalah memadai dibasuh dengan air sahaja. Berdasarkan hadis di atas maka pendapat yang mewajibkan samak sebagai metode (kaedah) penyucian apabila bersentuhan dengan daging khinzir, atau keseluruhan khinzir, adalah pendapat yang tidak tepat.

Anonymous said...

assalamualaikum
saya ingin mengajukan soalan berkenaan dengan topik ini.
1. Ada restoran non-muslim yang bersih dan difahami tidak menyediakan bahan makanan yang haram (cth. khinzir)berdasarkan menu yang disediakan. Apakah hukum makan di restoran non-muslim sedangkan masih ada restoran muslim di kawasan tersebut?
2. Seorang mahasiswa yang belajar di luar negara yang majoriti rakyaknya beragama Islam. Walau bagaimanapun, di sini, adalah sulit dibezakan agama seseorang berdasarkan nama dan sebagainya. Apakah hukum makan di restoran yang tidak diketahui agama pengusaha restoran tersebut?
3. Apakah hukum makan di restoran yang difahami restoran muslim tetapi tukang masak di restoran tersebut adalah non-muslim?

Nazri el rahman said...

sembelihn non muslim haram klo berdasar pada surah Almaidah di atas harus melalui tafsiranya sekrang tidak ada lagi orang kafir ahlil kitab

Post a Comment