January 12, 2010

Ada Daging Halal Tapi Premis Menghidang Makanan Haram

Postby ibnuwan »

salam~

tanya sikit tuan sekalian.. ana kat singapore, client ana ajak dinner kat satu hotel kat sini.. kitaorang nak makan halal meat, tapi hotel tu ada serve pork jugak.. camner ni, boleh makan tak halal meat tu?

wallahua'lam.

________________________________
Postby thtl »

wassalam

al-Jawab:

Daging yang dilabel halal jika memang disahkan halal oleh badan perlesenan sijil Halal yang sah, maka ia halal dimakan. Cuma yang menjadi kemusykilan ialah cara penyediaannya. Di Malaysia, hotel yang ada persijilan halal jakim, akan menggunakan dua dapur yang berasingan utk penyediaan makanan, halal kitchen dan non-halal kitchen supaya semua perkakasan dan peralatan memasak tidak bercampur aduk. Jika di Singapore, hal ini amatlah susah kerana Singapore bukanlah sebuah negara Islam. Oleh itu status daging halal itu menjadi syubhat kerana cara penyediaan masakannya diragui dan tidak adanya badan persijilan halal di sana.

Ruj: Panduan Halal dan Haram CAP, terbitan CAP, 2008, ms 38)

0 comments:

Post a Comment