January 11, 2010

Sembelihan Ahlil Kitab Secara Kejutan Elektrik

Postby semutapi »

salam

Kepada Al Fadhil Ustaz sekalian, saya ada sedikit kemusykilan berkenaan daging lembu/ayam/kambing dari UK atau US;
Saya sudah clear berkenaan sembelihan Ahli kitab,iaitu ianya halal dimakan. Tetapi bagaimana jika ianya tidak disembelih secara normal e.i. dikenakan kejutan elektrik atau mati secara injection. Adakah ianya juga halal

Daripada jawapan soal jawab agama daripada Al Fadhil Ustaz THTL berkenaan 'Gelatine', jika sesuatu ubat daripada US atau UK yg mengandungi gelatine drp haiwan, ianya adalah halal kerana mereka adalah Ahli kitab (itu yg saya paham drp jawapan soal jawab tsbt).

Atau kita tidak perlu terlalu menyelidiki secara terperinci/mendalam?
wassalam, terima kasih


__________________________
Postby thtl »

wassalam

Jawab:

[U] = Isu ulangan. Sudah dijawab dalam banyak versi sebelum ini

Memang benar, Islam mengenakan beberapa syarat berhubung dgn sembelihan, antaranya:

a. jenis binatang
b. cara mencabut nyawa binatang
c. anggota tubuh binatang yg disembelih
d. alat sembelihan
e. tujuan sembelihan

Apa yg risaukan ialah pada (b) Cara mencabut nyawa binatang tu atau Cara menyembelih.

Jumhur fuqaha' menetapkan cara mengeluarkan nyawa (hayat) binatang itu ialah menyamai dgn cara yg maklum menurut syari'at Islam (pisau yg tajam pada leher dgn menyebut asma' Allah SWT) KECUALI madzhab Malikiah (alQadhi Abu Bakar Ibn Arabi, Ahkam alQur:an, 2/554) yg tidak mensyaratkan demikian asalkan ia merupakan metode sembelihan yg diterima dalam agama mereka.

Setelah mentarjeeh semua pendapat Imam-Imam fiqih ini, Prof Dr alImam Yusof alQaradawi (Halal & Haram) memilih pendapat Maliki sesuai dgn dasar kemudahan (taysir) yg dibawa oleh syari'at Islam. Manakala yg terbaik ialah apa yg dilakukan oleh Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi yg menubuhkan badan pengawas syari'at di luar negara spt Australia dan NZ utk memberi piawaian Halal pada daging-daging haiwan itu sebelum diekspot ke negara Islam. Bahkan Malaysia sedang merintis penubuhan persijilan Halal antarabangsa spt persijilan ISO 9000, ISO 14000 yang akan memastikan setiap sembelihan di negara asal menepati pendapat jumhur. WA

0 comments:

Post a Comment