January 10, 2010

Adakah Ikan Belacak/Tembakul Haram Dimakan

Postby VHoutenJr »

Assalamualaikum…

Baru-baru ini heboh di Negara kita memperkatakan ttg “ikan belacak” yang mempunyai kaki… masalahnya… bukankah haiwan tersebut tergolong dalam golongan haiwan yang tinggal di dua alam yang haram dimakan? Jadi, mengapa terdapat segelintir pihak yang memproses haiwan tersebut dan menjualnya dalam bentuk pil kerana dikatakan agak berkhasiat?


__________________________
Postby thtl »

wassalam

Jawab:

Ikan belacak juga dikenali dgn nama Ikan Tembakul (ikan yg masyhur dalam filem Melayu Klasik, Batu Belah batu bertangkup),

istilah Marine biology (biologi marin) ialah Periophthalmus spp atau Mudskipper (pelompat selut) kerana keunikan ikan ini yg berjengkit-jengkit dalam habitat selut di kawasan selut paya bakau.

Melalui kajian sains, memang terbukti haiwan ini adalah dua alam dan mengikut kaedah dalam madzhab Syafi'iy jika terbukti dua alam, maka haramlah di makan. Fatwa ini masyhur dlm kitab2 anNawawi (w. 676H) Raudhah; Imam Rafi'iy (w. 625H) dam alGhazali (alWajiz) Juga boleh didapati dalam kitab Fatawa alFataniyah oleh Syaikh Ahmad alFatani. Dalam naskhah fatawa alfatani tidak pula dibahaskan hukum ikan tembakul/belacak ini.

Ikan tembakul ini kalau dilihat dalam filem Melayu klasik boleh pula di makan telurnya menjadi idaman ibu mengandung dan badannya juga di makan.

Oleh kerana maklumatnya terhad, maka saya berpendapat ia termasuk perkara yg didiamkan oleh syara' dan berupa kema'afan dan jika ada yg ingin memakannya dgn syarat tidak beracun dan mendatangkan mudharat serta tidak dipandang jijik oleh adat dan citarasa kebanyakan manusia, maka boleh di makan. Ini kaedah yg masyhur dalam madzhab Maliki. Sesiapa yg ingin berpegang dgn kaedah Syafi'iyah, maka haramlah memakannya atas alasan dua alam. WA

2 comments:

Chucky Charlie said...

This is wrong information or maybe not updated. Please refer to the newest information on this matter.

Anonymous said...

Ikan Tembakul / Ikan Belacak

Soalan: Adakah ikan tembakul/ikan belacak (mudskippers) halal di makan atau selepas menghasilkan produk adakah boleh di makan?

Jawapan:

Ikan belacak/tembakul halal di makan kerana ia haiwan air yang halal bangkainya. Ikan ini bukan haiwan dua alam, cuma boleh hidup lama di darat/paya selama mana kelembapan/air di tubuhnya(insang) tidak kering sama seperti ikan keli/puyu/haruan atau ketam nipah.

Post a Comment