January 12, 2010

Membuang Tulang Lebihan Korban/Aqiqah

Postby zn »

Assalamualaikum,

Ustaz,

Berdasarkan soalan SJ-10-0093:tulang aqiqah.

1. Oleh itu, adakah tulang-tulang aqiqah boleh dibuang direct ke dlm tong sampah?

2. Bagaimana pula tulang daging korban?

3. Harap ustaz terangkan cara terbaik buang tulang-tulang dan cebisan daging aqiqah dan kurban.

Terima kasih.


_____________________________________
Postby al-jawhar »

Salam...

Sepertimana yang telah disebutkan dalam jawapan bagi soalan diURL dibawah :

http://www.al-ahkam.net/home/index.php? ... ad371f575c

Maka kesimpulannya ialah :

1. Tidak ada petunjuk dari Rasulullah saw agar tulang-tulang dan lebihan daging korban atau akikah yang mesti ditanam.

2. Pendapat yang mengatakan tulang dan daging tersebut mesti ditanam adalah berdasarkan kepada anggapan masyarakat Nusantara yang menganggap bahawa amalan korban dan akikah sebagai amalan 'taqarrub' (mendekatkan diri kepada Allah).Maka segala perkara yang terlibat dalam amalan tersebut dianggap sebagai suci dan wajib untuk dihormati.Sebab itu juga , terdapatnya amalan sesetengah masyarakat melayu / nusantara yang menghormati sejadah yang digunakan untuk bersembahyang di atasnya.

3. Perbuatan menanam tulang dan daging tersebut juga adalah perbuatan yang menyebabkan kesusahan dan kepayahan kepada umat Islam.Ini kerana , setiap muslim dikehendaki menyimpan dahulu atau melonggok tulang tersebut didapur sebelum ditanam keesokkannya dan perbuatan ini tidak bertepatan dengan maksud kemudahan yang terkandung dalam intipati syariat Islam itu sendiri.

Maka tulang dan daging tersebut boleh dibuang begitu sahaja kedalam tong sampah dan sebagainya.

WA

4 comments:

Anonymous said...

assalamualikum ustaz, masalah saya ialah nak buat aqiqah tp saudara saya banyak berbangsa asing boleh ke saya menjamu mereka memakan daging aqiqah itu.terima kasih assalamualaikum..

Admin said...

W'salam

boleh selagi mereka tidak memerangi dan memusuhi orang2 Islam. Cuba baca jawapan:

http://solatjemaahjumaat.blogspot.com/2009/06/daging-aqiqah-dan-korban-dimakan-oleh.html

Anonymous said...

Salam wrt ustaz,
macam mana pula dgn organ dalaman?
ada orang beri sy organ dalaman haiwan korban,
boleh ke buang?

Anonymous said...

Kalau ada beberapa ketul kecil yg tak habis makan kemudian mungkin dh tak brapa elok utk di makan tapi masih elok, boleh bagi pada kucing lapar?

Post a Comment