January 10, 2010

Binatang Korban Akan Jadi Tunggangan Di Mahsyar

Postby ADN »
smirk:

yg mana lebih afdal kita melakukan qorban samada seekor kambing atau sebahagian lembu. kalau tak silap binatang qorban akan menjadi tunggangan kita di padang mahsyar, betulke.

Bagaimana pula bagi org yg tidak mampu utk melakukan qorban, apakah yg menjadi tunggangan nya di sana.
Bolehkah kita melakukan qorban keatas org yg telah meninggal dunia .

wassalam


____________________________
Postby thtl »

wassalam

Jawab:

Kita ringkaskan kerana kesuntukan waktu

1. Mana yg lebih afdhal: seekur kambing atau sebahagian lembu.
Jawab : khilaf fiqhi. pendapat yg rajih: tidak diberati oleh sunnah, mana-mana pun boleh (seekor kambing/biri2 atau berkongsi haiwan spt lembu dan unta, Imam Syawkani, Tuhfatu Ahwazi, Jld 5)

2, Hadis2 fadhilat haiwan korban menjadi tonggangan di mahsyar. Hadis begitu didha'efkanoleh alMuhaddith alAlbani (Silsilah Ahadiths adDha'ifah/102) dan menurut Ibn Arabi alQadhi dalam syarah atTermidzi, tiada ada satu hadispun mengenai fadhail Qurban yg sahih.

3. melakukan Qurban atas nama mayyit.
Khilaf fiqhi. alMuhaddith alAlbania dalam Fatwa Madinah alMunawarrah berpendapat boleh jika yg melakukan adalah anak si mati. Ini kerana berdasarkan hadis, anak2 adalah hasil usaha orang tuanya. WA

0 comments:

Post a Comment