January 12, 2010

Korban Dengan Pendapatan Yang Haram

Postby anakMINANG04 »

salam

Moga dirahmati Allah,

Perkara ini bakal berlaku di sebuah kariah...seorang penduduk nie dah beli lembu untuk dibuat korban pada raya haji nie...dia kongsi bahagian yg lain ngan saudara-mara dia....Menurut penduduk kariah tu...dia nie berpendapatan dari mencuri bijih dari kawasan sebuah syarikat bijih...memang itulah kerjanya....

1) sekarang nie dia nak guna duit dr sumber pendapatan tersebut utk dibuat korban...boleh atau tidak????

2) ajk kariah masjid tersebut bertindak secara senyap...menolak secara baik utk sembelih lembu tersebut di kaw. masjid...dengan andaian... darah atau daging tersebut adalah kotor atau najis...benarkah andaian tersebut???

3) kalo sedara mara dia jugak sama juga hasil pendapatan yakni haram...bagaimana terjadi dengan korban dan daging tersebut terhadap seluruh bhgn???

4) kalo dia yg bersumber haram...dan sedara mara bersumber halal...bagaimana pulak korban dan daging tersebut pd bahagian dia dan sedara mara???

5) bagaimana pulak...korban tetap dilakukan...adakah boleh daging tersebut dibuat agihan kepada fakir miskin dan pihak2 lain???

Mohon pencerahan sebaiknya dari pihak panel bersumberkan dalil...

sekian, wassalam

_______________________________
Postby thtl »

wassalam

al-Jawab:

1) Menyembelih korban menggunakan wang haram sudah tentu sia-sia kerana hakikat korban itu ialah mempersembahkan yang baik-baik dan ikhlas kepada Allah.

Dalilnya : AQT 2:267 (wahai orang-orang beriman, infaqlah sebahagian hasil usahamu yang baik-baik.")

Hadith matn arba'in an-Nawawiyah, no 10 dari Abu Hurayra (Sesungguhnya Allah itu baik dan TIDAK menerima kecuali yang baik)

Hadith Bukhari-Muslim dari Abu hurairah (Tidaklah seseorang bersedeqah melainkan dari pendapatannya yang baik dan Allah tidak menerima kecuali yang baik-baik) [sahih Bukhari, 1410, Muslim no 1014]

HR Muslim (224) dari Ibn Umar ra (Allah tidak menerima solat tanpa taharah, dan tidak menerima sedeqah dari pencuri)

2) Tindakan AJK itu benar, kerana ia perbuatan dosa atau najis batin
Dari Abu Hurayra ra, " barangsiapa mendapat harta haram kemudian bersedeqah, maka tiada pahala di dalamnya bahkan dosa menjadi miliknya. Sahih Ibn Hibban, disahihkan oleh al-Arnauth.

3) sama spt di atas, sedeqah dari wang haram, tiada pahala bahkan mendapat dosa. yakni korban itu tidak diterima.
dalil AQ: " Allah hanya menerima dari dari orang2 bertaqwa." AQT 5:27

4) korban yg bersekutu di atasnya wang halal dan haram, maka ia menjadi haram. mengikut kaedah kuliah fiqh, ' Apabila terhimpun yg halal dan yg haram, dikira haram. (Ali Ahmad anNadvi, Qawaid Fiqhiyah (175)

5) Orang lain boleh memakannya jika mereka tidak mengetahui. sekian

0 comments:

Post a Comment