January 12, 2010

Vitamin Import Mengandungi Gelatin

Postby szeiqa »

salam...

saya telah membeli sejenis supplement/vitamin yang diimport dari England dari sebuah farmasi. Apabila melihat kepada bahan-bahannya, ada tercatat 'gelatin'. Maka, saya melakukan research dan mendapati 'gelatin' yang digunakan untuk supplement ini adalah daripada bovin (sejenis kerbau/seladang). Persoalannya sekarang, saya musykil apakah status gelatin yang mereka gunakan untuk menghasilkan supplement ini sekiranya kerbau/seladang itu tidak disembelih mengikut hukum syarak? Harap dapat memberi penjelasan...terima kasih.


_________________________________
Postby Abu_Umair »

- Jika gelatin tersebut diperbuat daripada sumber halal seperti tumbuhan atau haiwan halal yang disembelih, tidak syak bahawa hukumnya halal.

- Jika ia diperbuat daripada sumber haram seperti khinzir atau haiwan yang tidak disembelih, maka dirujuki masalah istihalah.

Pertama: Adakah untuk menghasilkan gelatin, ia melalui proses istihalah (perubahan
zat secara menyeluruh) atau tidak melalui istihalah menyeluruh.
Kedua: Adakah najis yang melalui proses istihalah dianggap suci ataupun tidak.

- Nadwah Feqah Perubatan ke-8 yang diadakan di Kuwait pada tahun 1995 memutuskan bahawa gelatin yang terhasil melalui proses istihalah daripada kulit, tulang dan bahagian2 haiwan yang najis. dihukum sebagai suci dan halal dimakan.

- Jadi, jika dimaklumi bahawa gelatin itu melalui proses istihalah menyeluruh, dan dipegang pendapat bahawa istihalah sesuatu yang najis mengubahnya kepada suci, maka hukum mengambil ubatan yang mengandungi gelatin yang diperbuat daripada sumber najis adalah harus.

- Di dalam masalah yang anda kemukakan, gelatin itu diperbuat daripada haiwan halal. Cuma diragui adakah disembelih secara syar'ie atau tidak. Kaedah dalam masalah ini, sama dengan kaedah daging yang diimport daripada negara Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian). Nas al-Quran menghalalkan makan daging yg disembelih oleh mereka. Oleh itu, asal kepada gelatin tersebut adalah halal sehingga ada dalil yang yakin bahawa ia tidak halal.

Wallahu A'lam.

rujukan:
- Ahkam al-Ath'imah Wa al-Zabaih.
- Ahkam al-Adwiyah Fi al-Syariah.
- Ahkam al-Zabaih wa al-Luhum al-Mustauradah.

0 comments:

Post a Comment