January 11, 2010

Melakukan Sembelihan Dengan Perasaan Riak

Postby Guest »

salam

Umumnya kita mengetahui bhw riak, ujub & yg sumpamanya dihukum sbg syirik kecil. Terdpt situasi terpencil di tempat sy ni ada sorang mamat ni suka gi tolong sembelih ayam, lembu dsb bila waktu ramadhan & raya haji sambil menunjuk2 kat org. Mmg nampak sgt dia suka eksyen dengan keberanian & ke'skill'annya menyembelih, pastu diikuti pula suka posing macho amik gambar dgn lembu sembelihan. Disebabkan ada unsur riak sbegini, adakah jatuh hukum syirik, sbb stau saya menyembelih dgn niat kerana selain Allah adalah haram.

salam

____________________________________
Postby thtl »

wassalam

al-Jawab:

Oleh kerana saya juga berasal dari kampung di Pantai Timur, fenomena yg anda ceritakan itu merupakan lumrah di kampung-kampung.

Dalam sesebuah kampung khususnya di Kelantan, (Kelantan adalah satu-satu negeri yang masih dibenarkan haiwan disembelih di merata tempat, manakala di negeri lain, sembelihan hanya boleh dilakukan di Pusat sembelihan, jabatan Haiwan negeri) niscaya terdapat beberapa penyembelih yang terkenal dengan skill sembelihan dan metos yang mewarnai setiap penyembelih tersebut, misalnya kepakaran dalam menjinakkan lembu yg liar, menjadikan daging sembelihannya lembut dan manis dagingnya, kambing yg disembelihnya tidak berbau, dsbnya. Pendek kata, penyembelih dalam masyarakat kampung di Kelantan adalah suatu kerjaya yg dihormati dan disegani. Mereka memiliki petua dan ritual yg tersendiri dan begitu juga bacaan dan golok atau parang sembelihannya juga bukan sebarangan.

Berbalik pada aksi dan gelagat penyembelih yg terdapat di kampung anda itu sebenarnya juga biasa terjadi di Kelantan.

Isunya apa? apakah hukum kita memakan sembelihan dari penyembelih yang gila glamour dan takbur dgn kerja sembelihannya?

atau anda ingin tahu kedudukan si penyembelih itu di sisi akidah. dan kesan sembelihannya kerana ditakuti dia bersekutu dalam niat sembelihannya.

Bagi menjawab isu pertama, haiwan yg disembelih oleh penyembelih takbur dan riak itu tetap sah, cuma kalau anda ada pilihan, cubalah sembelih sendiri atau mencari tukang penyembelih yang lebih baik. Ini kerana pendetailan atau perincian sifat2 tukang sembelih ni tidak diperincikan oleh syara', maka kita tidak boleh merincikannya dan akhirnya menjadikan kita susah. Kemungkinan mana-mana penyembelih akan merasa bangga diri kerana selalunya aktiviti penyembelihan ini berlaku ketika disaksikan oleh ramai orang. Kemingkinan juga dia ingin menceriakankan suasana tegang semasa sembelihan dan juga ingin menghiburkan peminatnya dan admirernya.

Menjawab isu yg kedua: apakah berlaku syirik dalam sembelihan kerana ada kemungkinan dia menyembelih bukan kerana Allah.

Jawab: kita menghukum berdasarkan zahir sahaja, masalah peribadi si penyembelih itu kita biarkan saja. Kalau kita ada kemampuan dan kedudukan di kampung itu, maka nasihatilah dia. Tapi sembelihan itu sah jika dia adalah muslim dan menyebut nama Allah ketika menyembelih. sikap takbur dia selepas menyembelih itu adalah sifat kekurangannya sahaja. WA. sekian

0 comments:

Post a Comment