January 12, 2010

Hukum Makan Minum Di Luar Negara

Postby shaz_smach »

Assalamualaikum. Saya merupakan pelajar Malaysia yang baru memulakan penhajian di Australia. Saya mengalami kekeliruan terhadap hukum makanan apabila berada di sini, kerana terdapat perbezaan yang besar di antara amalan umat Islam di Malaysia dan umat Islam di Australia. Isu-isu tersebut adalah:

1) Apabila tiba di Australia, saya diberi satu list code ingredient makanan yg mengatakan ingredient apa yg halal, apa yang haram. Kami pelajar Malaysia akan memeriksa setiap bahan makanan agar tidak mengandungi ingredient yg dikatakan haram kerana berasal dari babi, alkohol etc.

2) isu timbul apabila berdasarkan pemerhatian saya, terdapat Muslim di sini yg tidak mengamalkan list itu, yaitu makan minum di mana restoran asalkan tidak makan babi dan alkohol. Ini menimbulkan kejanggalan memandankan terdapat kemungkinan restoran2 itu menggunakan ingredient makanan yg haram. Pada mulanya saya menganggap Muslim2 tersebut kurang beramal dgn ajaran Islam ( walaupun Muslimah yg bertudung labuh/hijab juga berbuat demikian)

3) Kemudian saya dan rakan menemui alim di sebuah masjid di sini. Beliau mengajar ilmu Islam di masjid tersebut. Setelah bertanyakan tentang list ingredient makanan yg disebut dalam (1), beliau tidak tahu menahu mengenai hal tersebut. Beliau dan local muslim komuniti tidak memeriksa kandungan bahan makanan sebelum membeli. Saya merasakan beliau mengikuti mazhab yg berbeza dari pegangan imam syafie.

4) Saya kemudian diberitahu oleh rakan di ireland yang local Muslim di sana tidak mempedulikan hal (1) iaiitu list halal haram ingredient makanan kerana mengikut pegangan mereka, ingredient tersebut telah ditukar menjadi bahan kimia, lantas semuanya menjadi halal. Saya pernah mendengar concept yg hampir sama diutarakan oleh Ustaz saya di malaysia.

5) Di sini terdapat perbezaan pegangan syariah, kerana apabila saya memeriksa laman web, terdapat Muslim di Austrralia yg mengamalkan list hala haram ingredient itu. List (1) dibekalkan oleh sesetengah local Muslim communiti juga.

Saya ingin mengetahui perlukah saya mengikuti list halal haram ingredient itu? Adakah ini kerana perbezaan Mazhab? Jika benar, adakah saya dibenarkan mengikuti mazhab yg diamalkan oleh local Muslim, kerana saya berpendapat kita perlu mengikuti mazhab tempatan. ia juga memudahkan.

Sejauh mana pula kita perlu berhati2/ memeriksa halal haram? Cukupkah kita menimbang situasi, bertanya atau bagaimana?

harap sesiapa yg alim dapat menjawab.


______________________________________
Postby al-jawhar »

salam

Sebenarnya , apa yang hanya saudara lakukan ialah membeli barangan tersebut tanpa perlu kepada penelitian kod ingredient makanan tersebut sekiranya jelas menunjukkan bahawa ianya tidak mengandungi bahan-bahan yang haram.Ini kerana dalam Islam terdapat kaedah :

Apa-apa yang tersembunyi dari (pengetahuan) kita , tidak perlu ditanya mengenainya.

Maka , berdasarkan kaedah tersebut , saudara tidak perlulah menyiasat dan menyelidiki bahan-bahan makanan tersebut dengan bersungguh-sungguh sehinggakan ada antara sesetengah individu yang pergi ke kilang bahan tersebut di proses sehingga menimbulkan kesusahan dan kesukaran yang membebankan.Perbuatan tersebut jelas bertentangan dengan kehendak Islam.

Begitu juga , jika ianya diproses dengan menggunakan bahan-bahan yang pada asalnya adalah haram seperti dicampurkan dengan sedikit alcohol untuk proses-proses tertentu ,maka ianya akan tetap menjadi halal sekiranya zat atau ain bahan tersebut terhapus dengan 2 kaedah , iaitu Kaedah al-Istihalah dan al-Istihlak.
Sila rujuk link dibawah untuk penjelasan lanjut :



WA

2 comments:

Anonymous said...

alamak..mana link ni..

Anonymous said...

tu lah.. mana link ni.. tringin btul nk tau!!!!

Post a Comment