January 12, 2010

Lebihan Tulang Aqiqah Kena Ditanam

Postby Guest »

salam

saya nak tanya apakah da sumber yang sohih berkenaan dengan tulang dari daging aqiqah serta lebihan dagingnya perlu ditanam..apakah ada hadis berkenaan dengan perkara ini?? sekiranya benar , apakah i'llah daripada perkara tersebut..syukran


____________________________________
Postby kamin »

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan.

Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah hadith Nabi :saw :-

Berkata Ibn Mas'ud ra : 'Rasulullah :saw berkata : Salah seorang dari kalangan Jin telah memanggilku, dan Aku pergi bersamanya, membaca al-Quran kepada mereka.' Dia membawa kami melihat kesan mereka dan kesan api mereka, dan mereka bertanya baginda mengenai makanan dan baginda bersabda : 'Bagi kamu semua TULANG yang disebut nama Allah yang kamu perolehi, bagi DAGING pula, dan semua lebihannya bagi binatang kamu'. Nabi :saw bersabda : 'Maka jangan kamu beristijak (membersihkan diri) dengannya, kerana ia adalah makanan yang diperuntukan kepada saudara kamu' [Hadith riwayat Muslim #450].

Hadith ini menjelaskan bahawa :

a. Nabi :saw membacakan al-Quran kepada Jin Islam

b. Tulang binatang sembelihan yang disebut nama Allah adalah makanan kepada Jin Islam.

c. Lebihan daging itu pula adalah makanan kepada binatang.

d. Larangan beristinjak dengan tulang

e. Ada dikalangan ulama yang mengatakan bahawa Jin yang kufur akan memakan tulang yang tidak disembelih dengan nama Allah.

Kesimpulannya adalah tidak ada nas yang menyuruh menanam tulang binatang aqiqah selepas selesai memakan dagingnya. Perintah larang yang ada adalah seseorang itu tidak boleh beristinjak menggunakan tulang binatang yang disembelih dengan nama Allah swt kerana tulang itu adalah makanan saudara kita seIslam, iaitu Jin Islam. WA.

Sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment