January 12, 2010

Jenis Urat yang Perlu Dipotong Dalam Sembelihan

Postby tanpanamaX »

salam

saya cari dalam ruangan SJ, tapi tak jumpa.
berkenaan dengan sembelihan ayam, apa yg saya tahu ketika mengikuti kursus sembelihan JAWI masa kat kolej beberapa tahun lepas, nak sembelih ayam kita kena putuskan ketiga-tiga uratnya. berbeza dengan binatang yg lain. urat yg berlainan yg dimaksudkan itu urat 'juzah'. adakah dalam mazhab lain juga syarat2nya sama seperti yg disebutkan di atas?

Wassalam

____________________________________
Postby thtl »

wassalam

al-Jawab

Prof Dr al-Imam Yusof al-Qaradhawi dalam kitab alHalal wal Haram bab Sembelihan menolak perincian terhadap jenis-jenis urat dan saluran yang wajib dipotong ketika menyembelih. Ini kerana ia sudah dikenali dan diamalkan oleh manusia tentang apa itu sembelihan dan cara mengalirkan darah haiwan. perincian tentang jenis2 saluran atau urat yang perlu dipotong bererti menyusahkan dan mempersulit.
Namun bagi memenuhi hajat anda, diperturunkan secara ringkas khilaf di kalangan madzhab sunni yang empat:

Binatang ada 4 saluran semuanya: saluran pernafasan (kerongkong/halkum), saluran makanan (merih/tenggorok) dan dua urat nadi atau jugular veins)

Madzhab Syafi'iy dan Hanbali: memadai dua jenis saluran sudah memenuhi syarat sembelihan yakni saluran makanan (merih) atau food pipe dan saluran pernafasan (halkum atau respiratory duct) [Fiqh alManhaji, 3/488, pustaka salam)

Madzhab Malik: putus saluran pernafasan dan dua urat nadi
madzhab Hanafi: saluran makanan (tenggorok), saluran pernafasan dan salah satu urat nadi.

[Mausu'ah Fiqhiyah, jld 21/178. WA

1 comments:

Unknown said...

bagaimana pula sekiranya cara sembelihan yang mengena tulang binatang tersebut....tetapi tidak sampai putus kepalanya

Post a Comment