January 11, 2010

Makanan Halal dan Haram Bercampur

Assalamualaikum

Hanya sekadar berkongsi pandangan mengenai situasi yang berlaku baru-baru ini. Memang msykt kita agak sensitif bila terdengar atau melibatkan si 'babi'. Adakah menjadi haram ayam yang disebelih secara betul, dapat logo halal tapi disimpan bersama dalam satu peti sejuk dengan khinzir2 tak kira bertindan atau tidak?
Dengan cara kedua2nya di plastikan. Apakah dengan cara ini status halal tadi bertukar atau ada kaedah lain yg saya tak tahu?

So?


___________________________________
Jawapan Ustaz thtl,

wsm

Ia adalah haram dan gagal memenuhi certifikasi halal yg dianugrahkan kepada mereka. Kalau dalam negara Islam, mereka boleh diusir dari negara Islam kerana perbuatan menghina umat Islam dan merendahkan agamanya. banyak hotel dan supermarket yg melakukan hal ini kerana di bahagian belakang hotel atau supermarket, goods receivable dept (bahagian penerimaan stok) unload cargo (mengeluarkan kargo) dan penyimpanan dalam bilik beku tidaklah mematahui sijil halal mereka.

Ini kelemahan pihak berwajib. Spt kata Presiden persatuan pengguna Islam malaysia, Dr ma'amor, belilah barangan halal dari pasar tani, pasar basah yg kita lihat sendiri ayam itu disembelih.

Rumusan: walaupun ia khilaf di sisi madzhab, tapi menurut madzhab Syafi'iy bahan bernajis berat sama sekali tidak boleh hampir dgn barangan makanan umat Islam yg bersih kerana di khuatiri akan bercampur.

dari segi imej dan sum'ah (ketinggian) umat Islam, tujuan orang kafir ialah menghina dan ingin memudharatkan agama kita.

Walaupun mereka diberi sijil Halal, tapi mereka selalunya tidak mengerti apa itu Halal dan haram. Mereka patuh pada persijilan ketika hari persijilan sahaja, tapi dengan tiada sifat taqwa dan keimanan, mereka tidak mungkin dapat maintain sijil halal itu pada jangkapanjang. Umat islam ada Allah utk memantau, apakah yg ada utk memantau pengusaha bukan Islam.

thtl

1 comments:

Anonymous said...

Bagaimana pula makanan dlm bentuk sudah proses yakni sudah dipek seperti kacang (satu pek berlogo halal manakala satu lagi bercampur babi), dibeli oleh bukan muslim secara berasingan dan disatukan menjadi hamper. Bolehkah kita memakan kacang yang berlogo halal tersebut?

Post a Comment