January 11, 2010

Ketuhar Bekas Orang Bukan Islam Guna

Postby badz »

assalamuaalaikum

satu soalan

bulehkah guner microwave yg orang nonmuslim guner sbb dier letak non halal food kat situ...??


__________________________________
Postby ziy@d »

salam

Diriwayatkan dari Abu Tsa'labah al-kusyani, beliau berkata kpd Rasulullah S.A.W: "ya Rasulullah, kami tinggal di bumi ahli kitab di mana mereka memakan daging khinzir dan arak. apakah yg perlu kami lakukan terhadap bekas mereka?"
Rasulullah S.A.W menjawab: "kalau kalian tidak mendapati selain dari itu, sucikanlah bekas itu, masak dan minumlah darinya." (Hadith riwayat ahmad)

Oleh yg demikian, rukhsah kpd mereka yg sukar mendapati bekas lain dgn syarat, sucikanlah terlebih dahulu.

Rujukan: I'lamul muwaqiin, Ibnul qayyim

1 comments:

Ridwan Ismail said...

nak sucikan tu perlukah sertu dahulu?

Post a Comment