January 9, 2010

Membunuh Binatang dan Serangga

Postby sutzr »

Assalamualaikum,

Soalan saya ini tidak lah mencabar mana, sekadar soalan remeh saja tetapi kadangkala mengganggu fikiran saya.

Saya berhadapan dengan masalah binatang @ serangga di rumah seperti tikus, cicak, labah2 mahupun lipas. Selalunya untuk tikus saya gunakan racun atau perangkap tikus. Bila gunakan perangkap, saya tidak sampai hati untuk membunuh, saya biarkan saja sehingga ia mati sendiri. Berdosakah saya membiarkan ia mati begitu?
Bagi cicak pula, saya memang tak suka pada cicak sebab tahi dan bunyi bisingnya pada waktu malam. Selalu saya pukul dengan kayu hingga mati. Pernah saya dengar org kata, sunat kita membunuh cicak. Tapi kadang2 rasa zalim pula.

Dan labah-labah yang membuat sarang di bahagian syiling mahupun dicelah2 perabot. (labah2 yang halus). Selain dari sarang, tahinya juga mengotorkan rumah. Selalunya saya bersihkan dan bunuh saja labah-labah itu. Tetapi kadangkala timbul rasa kasihan sesama makhluk.

Dari segi Islam, adakah dibolehkan membunuh binatang seperti itu. Kalau boleh, apakah cara yang terbaik untuk membunuhnya. Sekiranya tidak boleh, apa langkah terbaik untuk saya lakukan, supaya tidak berdosa dan rumah sentiasa bersih. Harap dapat membantu.


*******************************
Postby thtl »

Kita menganggap setiap soalan tidak remeh dan sentiasa mencabar kami, termasuk soalan dari anda kerana soalan ini pernah diajukan kepada Nabi saw mengenai binatang-binatang perosak yg berkeliaran ditanah haram dan mengotorkan alam sekitar. Maka ada nas dari Bukhari-Muslim-Termidzi-anNasa'iy dari Aisyah ra di mana Nabi menyuruh dibunuh haiwan spt gagak, helang, kalajengking, tikus dan anjing gila."

Imam alHafeedz asySyawkani dalam Nailool Awthor syarah alMuntaqa, berpendapat tidaklah terhad pada lima jenis itu, mungkin lebih atau kurang bergantung pada keadaan , tempat dan adat. Keadaan mungkin akta perhilitan (perlindungan hidupan liar), atau ditempat kita, ialah lipas, nyamuk, cicak, dan akhir-akhir ini harimau yg sering membaham manusia.

Dasar umumnya ialah: AQ: 7: 152 (..menghalalkan bagi mereka segala yg baik dan mengharamkan bagi mereka segala yg buruk)

Mengenai haiwan yg anda sebutkan itu memang sudah sah sebagai haiwan yg kotor dan pembawa penyakit, maka sudah tentu boleh saja dihapuskan.

Maka membersih sawang labah-labah di rumah itu adalah lebih utama dari menjaga kebajikan labah-labah kerana ia bukanlah spesies yg terancam. Begitu juga lipas, lalat, tikus, nyamuk, itu sudah disahkan sains perubatan sebagai makhluk perosak dan boleh membawa penyakit.

Cara membunuhnya: mestilah membunuh secara ihsan, yakni pantas supaya haiwan itu tidak tersiksa. Fiqh alManhaji

WaLLahu a'alam

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Alhamdulilah, terima kasih untuk soalan dan jawapan ni... kat rumah banyak betul labah2

Post a Comment