January 11, 2010

Telur Dari Haiwan Yang Tidak Boleh Dimakan

Postby yukitada »

salam

sy terbaca dlm sebuah buku mengatakan boleh memakan telur drpd haiwan yg tidak boleh dimakan . Asalkan ia dr haiwan yg tdk mendatangkan mudarat sprt penyu dll . Dlm mazhab syafie benarkah penyu ade khilaf memakannya ? Apakah pendpt yg rajih dlm mazhab ini?

kemudian yg mendtgkan mudharat sprt telur ular dll jelas tdk boleh.

sy inginkan kepastian jawapan yg sebenar . syukran


________________________________
Postby Abu_Umair »

sy terbaca dlm sebuah buku mengatakan boleh memakan telur drpd haiwan yg tidak boleh dimakan .

hukum makan telur haiwan yg tak dimakan

Dalam mazhab syafie, yg disahihkan dan dimuktamadkan ialah: HARUS makan telur haiwan2 yg tidak dimakan.

Sehingga mutaakhirin syafieyyah menjadikan sebagai dhabit (Kaedah), sebagaiman Suyuti berkata dalam al-Asybah Wal Nazair: "Tiada bagi kami (syafieyyah) telur yang haram dimakan. Cuma sesetengah kami mengecualikan telur ular dan telur serangga". (ms 690).

Dalil pendapat ini:
-Telur haiwan2 ini tidak dilihat sebagai jijik. Maka termasuk dalam kaedah syarak: "Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala yg baik, dan mengharamkan ke atas mereka segala yg keji/buruk" Surah al-A'raf ayat 157.

-Telur2 haiwan yg tidak dimakan adalah suci. sebagaimana maninya juga adalah suci. Imam Nawawi mengatakan punca khilaf ialah adakah telur haiwan2 ini suci atau najis? Kalau kita kata suci, maka tiada khilaf bahawa harus dimakan.

Mazhab Hanbali pula mengatakan telur haiwan yg tidak dimakan HARAM dimakan. dalilnya:
-Kerana telur adalah satu juz daripada badan haiwan. kalau haiwan itu sendiri tidak dimakan, maka mana2 bahagian haiwan itu juga tidak dimakan. Dikuatkan dengan kaedah 'Al-Taabi' Taabi'", iaitu: Yg mengikut sesuatu, mestilah mengikut pada hukumnya.

Dlm mazhab syafie benarkah penyu ade khilaf memakannya ? Apakah pendpt yg rajih dlm mazhab ini?

Pendapat muktamad dalam mazhab syafie: Semua haiwan yg hidup di lautan HALAL dimakan, sekalipun boleh hidup di daratan seperti penyu.
Dan ini yg dipilih oleh Imam Nawawi dalam Majmuk. dan dipilih oleh Khatib Syarbini, Ibn Hajar Haitami dll. Dan ini yg dilihat lebih rajih kerana disokong oleh:
-Zahir hadis: "Ia (Air laut) adalah suci menyucikan, dan bangkainya halal dimakan".

Wallahu A'lam.

0 comments:

Post a Comment