January 11, 2010

Serangga Yang Kaya Dengan Sumber Protin

Postby Zubayr_72 »

Assalamualiakum,

Daripada penjelasan panel mengenai haiwan 2 alam dapat saya rumuskan bahawa selain daripada katak (mengikut nas hadis), haiwan 2 alam yang lain bolehlah dimakan.

Apa pula haiwan seperti escargot(siput babi-french delicacy) dan lain2 seperti kategori maggots, serangga, semut atau ulat bulu yg kaya dgn sumber protein dan tidak membahayakan kesihatan.

JKK

____________________________
Postby ziy@d »

salam

Kembali kpd kaedah asas:
Al-Aslu Fil Asya' Al-Ibahah

Asal sesuatu perkara adalah harus (dlm perihal muamalat, adat, makanan, keduniaan) kecuali ada dalil yg mengatakan sebaliknya.

Kaedah ini membenarkan kita makan apa sahaja kecuali yg disebut secara jelas dlm al-quran.

Katak adalah haram dimakan kerana dalil sebut dgn jelas. Begitu juga khindzir yg disebut secara qat'ie dlm quran.

Tidaklah rasulullah menyebut semua binatang yg haram atau halal dimakan. Ttp berdasarkan dalil2 yg ada, ulamak berijtihad atas ciri2 binatang yg haram dimakan.

1. Bangkai secara amnya.
Namun demikian di sana ada dalil yg mengecualikan bbrp jenis bangkai yg halal dimakan spt belalang dsb.

2. Darah

3. daging khinzir

4. Sembelihan selain dari ALlah

5. Haiwan yg mati kerana diterkam binatang buas

6. Binatang buas bertaring

7. Binatang berkuku tajam

8. Himar Ahliyyah (keldai jinak)

9. Al-Jallalah (unta tunggangan)

10. haiwan yg diperintahkan agama supaya dibunuh

11. Haiwan yg dilarang agama dibunuh
Dari Ibnu Abbas berkata bahawa Rasulullah melarang membunuh 4 haiwan : semut, tawon, burung hud-hud dan burung surad. " (Hadith Riwayat Ahmad (1/332,347), Abu Daud (5267), Ibnu Majah (3224), Ibnu Hibban (7/463) dan dishahihkan Baihaqi dan Ibnu Hajar dalam At-Talkhis 4/916).

Imam syafi'i dan para sahabatnya mengatakan: "Setiap haiwan yang dilarang dibunuh bererti tidak boleh dimakan, kerana seandainya boleh dimakan, tentu tidak akan dilarang membunuhnya." (Lihat Al-Majmu' (9/23) oleh Nawawi).

Haramnya haiwan-haiwan di atas merupakan pendapat majoriti ahli ilmu sekalipun ada perselisihan di dalamnya kecuali semut, nampaknya disepakati keharamannya. (Lihat Subul Salam 4/156, Nailul Authar 8/465-468, Faaidhul Qadir 6/414 oleh Al-Munawi).

Dari Abdur Rahman bin Utsman Al-Qurasyi bahawasanya seorang tabib pernah bertanya kepada Rasulullah tentang kodok/katak dijadikan ubat, lalu Rasulullah melarang membunuhnya. (HR Ahmad (3/453), Abu Daud (5269), Nasa'i (4355), Al-Hakim (4/410-411), Baihaqi (9/258,318) dan disahihkan Ibnu Hajar dan Al-Albani).

Haramnya katak secara mutlak merupakan pendapat Imam Ahmad dan beberapa ulama lainnya serta pendapat yang sahih dari madzab Syafe'i. Al-Abdari menukil dari Abu Bakar As-Shidiq, Umar, Uthman dan Ibnu Abbas bahawa seluruh bangkai laut hukumnya halal kecuali katak (lihat pula Al-Majmu' (9/35) , Al-Mughni (13/345), Adhwaul Bayan (1/59) oleh Syeikh As-Syanqithi, Aunul Ma'bud (14/121) oleh Adzim Abadi dan Taudhihul Ahkam (6/26) oleh Al-Bassam)

Berbalik kpd persoalan anda:
Kita tgk kategori2 binatang yg disenaraikan itu..adakah ia termasuk dlm kategori di atas. Semut secara jelas adalah haram kerana larangan membunuhnya. Ulat dlm kayu spt orang melanau sarawak memakannya adalah halal. Yg pentingnya, apakah ia tergolong dlm golongan binatang yg disebut dan tidak memudaratkan manusia. Kalajengking contohnya, diarahkan dibunuh kerana ia memudaratkan manusia dan beracun. Lantaran itu, ia menjadi haram.

Pendapat yg mengqiyaskan binatang dua alam adalah pendapat yg lemah.

KURA-KURA dan PENYU - juga HALAL sebagaimana madzab Abu Hurairah, Thawus, Muhammad bin Ali, Atha', Hasan Al-Bashri dan fuqaha' Madinah. (Lihat Al-Mushannaf (5/146) Ibnu Abi Syaibah dan Al-Muhalla (6/84).

ANJING LAUT - juga HALAL sebagaimana pendapat imam Malik, Syafe'i, Laith, Syai'bi dan Al-Auza'i (lihat Al-Mughni 13/346).

Sekian.

2 comments:

Anonymous said...

hukum memakan arkus atau guinea pig

Wind said...

guinea pig? kejam la bro, comel tu, hehe

Post a Comment