January 12, 2010

Hukum Makan Telur Penyu

Postby Guest »

salam

sy ada bbrapa soklan:

1) apakah pandangan paling tepat berkenaan hukum telur penyu sedangkan setau sy penyu haram makan? atau ada konsep mana yang diaplikasi??

2) sunnah utk kite berdoa sebelum salam dalam solat..sekiranya saya xhafal doa yang diajar dalam hadis nabi (doa sebelum salam tu), bolehkah saya berdoa dengan doa2 yang biasa yang saya hafal dlm b.arab??


_______________________________________
Postby Abu_Umair »

1) Penyu itu sendiri ada khilaf, halal atau haram dimakan.
-Jika pendapat yang kata halal makan penyu, maka telurnya juga adalah halal. Kerana kaedah:

-Jika kita pegang penyu tidak halal dimakan, maka hukum telurnya pula dirujuk dalam masalah: hukum telur binatang yang haram dimakan; adakah halal atau haram.
Persoalan ini kami telah pun menjawabnya dalam soal jawab SJ-10-0057 : telur yg bole dimakan, jawapannya seperti berikut:

hukum makan telur haiwan yg tak dimakan

Dalam mazhab syafie, yg disahihkan dan dimuktamadkan ialah: HARUS makan telur haiwan2 yg tidak dimakan.

Sehingga mutaakhirin syafieyyah menjadikan sebagai dhabit (Kaedah), sebagaiman Suyuti berkata dalam al-Asybah Wal Nazair: "Tiada bagi kami (syafieyyah) telur yang haram dimakan. Cuma sesetengah kami mengecualikan telur ular dan telur serangga". (ms 690).

Dalil pendapat ini:

-Telur haiwan2 ini tidak dilihat sebagai jijik. Maka termasuk dalam kaedah syarak: "Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala yg baik, dan mengharamkan ke atas mereka segala yg keji/buruk" Surah al-A'raf ayat 157.

-Telur2 haiwan yg tidak dimakan adalah suci. sebagaimana maninya juga adalah suci. Imam Nawawi mengatakan punca khilaf ialah adakah telur haiwan2 ini suci atau najis? Kalau kita kata suci, maka tiada khilaf bahawa harus dimakan.

Mazhab Hanbali pula mengatakan telur haiwan yg tidak dimakan HARAM dimakan. dalilnya:

-Kerana telur adalah satu juz daripada badan haiwan. kalau haiwan itu sendiri tidak dimakan, maka mana2 bahagian haiwan itu juga tidak dimakan. Dikuatkan dengan kaedah 'Al-Taabi' Taabi'", iaitu: Yg mengikut sesuatu, mestilah mengikut pada hukumnya.

rujukan: http://al-ahkam.net/home/index.php?name ... ic&t=33478

2) Sebahagian ulama berpendapat: boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang tidak bertentangan dengan syarak, kerana sabda Nabi SAW dalam mengajar doa selepas tasyahhud: "...kemudian dia pilihlah daripada permintaan (doa) apa yang dia kehendaki". Direkod oleh Muslim (no: 402).

Hadis menunjukkan boleh memilih apa jua doa hatta yang bukan ma'thur daripada Nabi SAW. (Majmuk Nawawi 3/469)

Imam Ahmad pula berpendapat: tidak boleh berdoa dalam solat melainkan dengan doa-doa ma'thur daripada baginda SAW. Hadith 'pilihlah daripada permintaan (doa) apa yang dia kehendaki', ditafsir oleh Imam Ahmad sebagai: pilihlah doa-doa yg warid dalam hadis. (majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah 22/277)

wallahu A'lam

6 comments:

Anonymous said...

saya bukan nak memandai dalam isu haram atau halal memakan telor penyu ni. berikut ialah statement dalam wikipedia tenang kepentingan tidak memakan telor penyu, khususnya penyu letherbacj turtle yg ade di negara kita.

petikannya seperti berikut:

People around the world still harvest sea turtle eggs. Asian exploitation of turtle nests have been cited as the most significant factor for the species' global population decline. In Southeast Asia, egg harvesting in countries such as Thailand and Malaysia has led to a near-total collapse of local nesting populations.[37] In Malaysia, where the turtle is practically locally extinct, the eggs are considered a delicacy.[38] In the Caribbean, some cultures consider the eggs to be aphrodisiacs.[37] They are also a major jellyfish predator[39] which helps keep jellyfish populations in check, because jellies cause massive declines in commercial fishing[citation needed], disrupt nuclear power plants, desalination plants, and clog boat engines.

untuk rencana penoh sila lawat http://en.wikipedia.org/wiki/Leatherback_turtle

pikir pikirkanlah. bagi saya haram atau halal, memakan telor penyu lebih membawa keburukan kepada manusia sejagat. banyak lagi benda lain boleh makan. wallahualam.

Anonymous said...

penyu tak haram di makan termasuk telur dan dagingnya. Kura-kura dan tuntung serta labi-labi juga tidak haram. Rujuk http://klinik-muallij.blogspot.com/2011/08/makanan-dan-halal-haramnya.html

Anonymous said...

makan laaa makan.! kebuloq sangat dah ka?

Em said...

Jangan dirujuk dgt sumber internet ni. sumber ntah sahih entah tak..... lagipun penyu, tuntung ni spesis dah nak pupus.. tolonglah pelihara alam, mcm yg dalam al-quran dah nyatakan... al-quran suruh kita jaga alam, bukan rosakkannya... sekian

awin h said...

penyu dah tentu tak boleh dimakan.
yg org question telurnya.
kalau penyu boleh makan, dah tentu takde soalan fasal telur penyu..

Ummiliza said...

penyu termasuk dalam jenis binatang dua alam,tinggal dalam air,bertelur di darat....binatang dua alam hukumnya haram sama spt buaya,anjing laut dll...

Post a Comment