January 9, 2010

Landak Boleh Makan Atau Tidak?

Postby Aisyah Hadhirah »

Assalamualaikum....

Saya ingin bertanya apakah hukumnya memakan daging landak. Saya kurang pengetahuan tentang latar belakang binatang ini. Saya jadi musykil samada ia boleh dimakan atau kerana ramai orang disekeliling saya memakan daging landak. Satu lagi, adakah bulu dari badan landak yang telah mati boleh dibuat penunjuk pada A-Quran atau Muqaddam semasa mengaji?


******************************
Postby thtl »

Jawab:

1. Landak adalah halal di makan dan kita dapati ia diburu dan dimakan oleh orang Melayu sejak dahulu kala dan tidak ada fuqaha' tempatan yg membantahnya. Binatang yg tidak disebut oleh nas (halal/haramnya) diserahkan kepada uruf (hukum adat).

2. Bulu landak yg dikutip dari landak yg disembelih suci mengikut madzhab Syafi'iy dan mengikut jumhur bulu landak itu suci baik datang dari badan landak yg disembelih atau bangkai (yg tidak disembelih) Dalil: Ibn Mundzir dan Ibn Hatim yg mengutip fatwa Ibn Abbas bila beliau mentafsir ayat 145 dari surah alAn'am mengenai kesucian bulu, tulang, gigi dan rambut bangkai." Fiqh Sunnah ; WaLlahu a'alam

7 comments:

Anonymous said...

Landak masih lagi dalam ragu2 halal haram nya... so, jangan makan. Ada banyak lg makanan kt dunia ni, kaum Melayu yg bodoh ni tetap nak makan landak.

Anonymous said...

amboi bhasa..

Anonymous said...

JIKA DARURAT SEMUA BOLEY KAN JANJI KITA MAKAN KITA TAK MATI....BETUL X..?

Anonymous said...

kalau belum tau hukum halal haramnya kembali kepada hukum asal "HARUS"... orang melayu dah zaman berzaman makan daging landak ni... memang lazat daging pelanduk pun kalah... tak ada yang jadi bodoh pun banyak yang dah jadi professor sebab pernah makan daging landak... orang yang tak makan daging landak ni yang bodo tapi belagak

SuperHackers said...

haha btol3..mahal tuu daging landak..org bodo mne ade dwet nak bli mhl2 camtu.

Senshuken Speed Shop 0174744436 said...

bodo btl hang ni, mana ada mlayu bodo makan landak, cina mkn babi pn lg pndai , mkn segala bewak kora pn x bodo mcm hang la wey......

Haliza said...

Diketahui serbuk hempedu landak boleh merawat kanser

Post a Comment