January 12, 2010

Aqiqah Semasa Anak Sudah Besar

Postby zaidharis »

salam

Saya mempunyai anak yang belum dilaksanakan aqiqah semasa kecil iaitu menurut hadis Nabi SAW semasa hari ketujuh kelahiran. Persoalannya bolehkah saya melaksanakannya sekarang ketika anak telah besar dan adakah perlaksanaan aqiqah yang dibuat dengan tidak menepati sunnah Nabi SAW itu menepati syariat Islam dan diterima ibadahnya.

Terima kasih.


_____________________________________
Postby al-jawhar »

Ulama sepakat mengatakan bahawa waktu akikah yang afdhal bagi anak yang baru lahir ialah pada hari ketujuh kelahirannya , tetapi mereka berselisih pendapat tentang bilakah berakhirnya waktu akikah bagi anak yang tidak diakikahkan selepas berlalunya hari ketujuh.

Imam Malik mengatakan bahawa , waktu akikah akan luput setelah berlalunya hari ke tujuh kelahiran.Maka jika disembelih binatang selepas daripada hari ketujuh , ianya tidak dikira , kerana menyembelih binatang selepas daripada waktunya , seperti tidak sah menyembelih binatang korban selepas hari-hari tasyrik. [ Hasyiah ad-Dusuki : 2/126 ]

Manakala bagi Ulama-ulama dari kalangan mazhab hanafi , Syafi’ie , Hambali dan Zohiri serta satu pendapat Malik dari riwayat Ibn Wahb mengatakan bahawa dibolehkan menyembelih binatang untuk akikah selepas daripada hari ketujuh iaitu pada minggu ke dua dan ketiga.Berdalilkan kepada hadis Rasulullah saw daripada Buraidah r.a :

Akikah itu disembeih (binatang padanya) pada hari ketujuh , empat belas dan dua puluh satu.

(Hadis Riwayat al-Baihaqi) [ Raudhatu al-Tolibin : 3/229 , Al-Muhalla : 7/523 , Hasyiah ad-Dusuki : 2/126 ]

Maksud daripada hadis di atas ialah akikah boleh dilakukan pada hari ke empat belas selepas kelahiran dan juga pada hari ke dua puluh satu selepas kelahiran.

Walaubagaimana pun Ulama juga berselisih pendapat tentang adakah dibolehkan melakukan akikah selepas daripada hari ke 21 iaitu minggu ke tiga kelahiran.

Ulama Syafi’ie dan Hambali mengatakan bahwa boleh dilakukan akikah pada hari ke 28 dan 35 selepas kelahiran [ Al-Majmu’ : 8/431 ]

Manakala pendapat lain dari kalangan Ulama hambali juga ada menyebutkan bahawa akikah boleh dilakukan pada bila-bila masa walaupun sehingga atau setelah usia baligh. [ Al-Mughni : 11/122 ]


Tarjih :

Asy-Syaikh Dr.Walid Khalid Al-Rabi’ mengatakan :

pendapat yang paling tepat ialah pendapat sebahagian Ulama Hambali yang mengatakan bahawa Akikah itu boleh dilakukan pada bila-bila masa sehinggalah ia mencapai usia baligh.Ini kerana hadis yang menyuruh di akikahkan bayi yang baru lahir itu pada hari ketujuh bukanlah bermaksud wajib dilakukan pada hari ke tujuh sahaja.Bahkan ia adalah suatu perkara yang di sunatkan sahaja.Iaitu , sunnah dilakukan pada hari ke tujuh , tetapi boleh di lakukan pada hari-hari lain dan bila-bila masa.
[ Ahkam al-At’imah fi al-fiqhi al-Islami , Dirasah Muqaranah , Bab al-Aqiqah , ms; 221 ]

Walaupun perlaksanaan akikah itu dibuat tidak berdasarkan kepada hadis Rasulullah saw, iaitu pada hari ke tujuh.Namun ianya masih termasuk dalam lingkungan Ibadah yang di syariatkan iaitu melaksanakan akikah tersebut.Sepertimana kata-kata Asy-Syaikh Dr.Walid Khalid al-Rabi’ di atas bahawa yang disunnahkan pada akikah itu ialah pada hari ke tujuh , namun ia boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas daripada hari ke tujuh….Wa Allahu A’alam.


Wassalam.

1 comments:

Anonymous said...

salam..betul ke ade orang cakap, binatang sembelihan dlm ibadah aqiqah ni akan menjadi tunggangan kita semasa di padang mahsyar nanti?? bole jelaskan? adakah ini satu kepercayaan khurafat?

Post a Comment