November 13, 2010

Bolehkah Lembu Dibahagi 7: 4 Untuk Korban 3 Untuk Aqiqah

Antara pertanyaan yang sering diajukan menjelang Idul Adha.

  • Bolehkah seekor lembu dikongsi beberapa orang untuk tujuan korban? Seekor lembu di bahagi berapa?
  • Bolehkah lembu yang dibahagi 7 dikongsi untuik tujuan korban dan aqiqah?

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~~~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Untuk menjawab persoalan ini, panel feqh al-ahkam.net al-fadhil al-ustaz albaruhiyy menjawab:

Dalam hadis sahih riwayat Jabir

فأمرنا رسول الله - صلى الله عليه وسلم - أن نشترك في الإبل والبقر كل سبعة منا في بدنة

Maksudnya : Maka Rasulullah s.a.w memerintahkan kami supaya berkongsi dalam seekor unta dan seekor lembu, iaitu setiap tujuh orang dari kalangan kami berkongsi seekor unta. [Muslim]

Namun, dalam persoalan ditanya, dalam seekor lembu apakah harus dijadikan 4 untuk akikah dan 3 untuk korban.

Melihat kepada fatwa-fatwa ulama, ia menyerupai masalah mencampurkan niat dalam satu ibadat. Dalam fatwa islamqa ada dinyatakan masalah sekiranya seorang ingin menyembelih haiwan dan ia berniatkan korban dan akikah sekaligus, adakah harus?

Ada dua pendapat dalam masalah ini.

Pertama: Tidak harus dilakukan, mesti diasingkan niat. Ini adalah pandangan mazhab Syafie. Hujahnya ialah ibadat korban dan akikah ini mempunyai maksud dan tujuan khusus bagi setiap satu. Bahkan kedua-duanya mempunyai sebab yang berlainan.

Pendapat kedua: Harus mencampurkan niat akikah dan korban dalam satu haiwan sembelihan. Hujahnya ialah kerana maksud dan tujuan penyembelihan ialah untuk taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah Taala. Ada riwayat dari Hasan menyebut (Musannaf Ibn Abi Shaybah (5/534):

عَنْ الْحَسَنِ قَالَ : إذَا ضَحُّوا عَنْ الْغُلَامِ فَقَدْ أَجْزَأَتْ عَنْهُ مِنْ الْعَقِيقَةِ .

Maksudnya “Jika kamu melakukan sembelihan korban untuk bayimu, maka ia memadai untuk akikah”

Sheikh Muhammad bin Ibrahim r.h memilih pendapat ini, katanya :

لو اجتمع أضحية وعقيقة كفى واحدة صاحب البيت ، عازم على التضحية عن نفسه فيذبح هذه أضحية وتدخل فيها العقيقة

Maksudnya : Sekiranya korban dan akikah berhimpun, maka memadai dengan melakukan satu sahaja untuk tuan rumah, ia berazam untuk melakukan korban bagi dirinya, maka ia menyembelih korbannya, dan akan masuk di dalamnya ibadat akikah.

Hasilnya ialah, dalam masalah di atas iaiatu (7 bahagian, 4 niat akikah, 3 niat korban) insyaAllah harus dan dibolehkan kerana tujuan penyembelihan tetap sama iaitu taqarrub kepada Allah Taala.

Wallahualam

Rujukan
http://islamqa.com/ar/ref/106630
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=98&t=38747&start=0

4 comments:

Anonymous said...

salam..susah jgk kte nk decide kalo fatwa2 ulamak berbeza beza...

dhrma said...

salam ..saya ada kemuskyilan saya ada 2 orang anak lelaki dan satu orang perempuan dan bercadang hendak membuat aqiqah untuk ketiga-tiga anak saya,bolehkah sekiranya saya menyembelih lembu untuk mereka dan berapa bahagian utk seorang..

Quran Reading said...

I really like the way in which writer has encouraged us to share our point of views on this article and happy to see the active participation of readers on this. Quran Study Online

Lanun Mereng said...

Boleh sembelih lembu.. Boleh dapat 7 bahagian

Post a Comment