January 11, 2010

Dalil Tentang Makanan Darat Bercampur Makanan Laut

Postby razif »

salam semua.nak tahu, ada tak dalil yg melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut( ayam dan ikan) yg dikatakan boleh mengundang penyakit2 usus


_______________________________
Postby kamin »

wa'alaikumussalam

Alhamdulilah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Razif dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah

Tidak pula kami mendengar akan larangan mencampurkan makan laut dan darat sekali. Kaedah fiqh menyebut : Asal sesuatu itu harus, melainkan didatangkan dalil yang mengharamkannya.

Umat Islam dibenarkan makan dari makanan halal dan baik. Firman Allah :-

"Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. " [Surah al-Mu'minun : 51].

Sebagaimana yang kita sedia maklum dari maklumat kesihatan, bahawa penyakit-penyakit yang dihadapi oleh manusia adalah kerana mengambl makanan berlebih-lebihan. Pendapat ini tidak bercanggah dengan Firman Allah swt :-

"Serta Kami katakan: Makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu dan sesiapa yang ditimpa kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia. " [Surah Thaha :81].

Makan berlebihan merupakan sifat yang melampui batas dan ada kemungkinan seseorang itu mempunyai risiko tinggi menghadapi penyakit. Mengenai mencampurkan makanan darat dan laut, tidak pula diketahui akibat kesihatannya, WA.

Sekian, wassalam

1 comments:

Anonymous said...

http://www.hanan.com.my/article.php?sid=1266

Post a Comment