January 12, 2010

Aqiqah Di Luar Negara Melalui Pertubuhan Tertentu

Postby Guest »

salam

Ingin bertanya pandangan panel al-ahkam berkenaan aqiqah yang dilaksanakan melalui syarikat/kumpulan/pertubuhan tertentu yang mengendalikannya di negara luar seperti di Kemboja. Adakah cara tersebut boleh dilaksanakan dan yang mana cara lebih afdhal utk dilaksanakan.

Terima kasih.


__________________________________

Falsafah 'aqiqah adalah sebagai tanda kesyukuran bagi anugerah cahaya mata yang dikurniakan oleh Allah SWT.Daging akikah tersebut digalakkan untuk diagihkan kepada faqir miskin dan jiran tetangga , malah ada ulama yang menyarankan agar daging tersebut lebih baik dimasak terlebih dahulu.Itulah konsep dan kaedah akikah yang disyarakkan.

Apa yang penting dalam ibadah akikah ialah niat melaksanakan ibadah tersebut sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah swt dengan kelahiran cahaya mata.Adalah lebih baik , jika daging daripada akikah tersebut diberikan kepada golongan yang tidak berkemampuan seperti faqir dan miskin , walaupun syarak membolehkan untuk diberi kepada golongan yang kaya.

Maka berkenaan dengan masalah melaksanakan ibadah akikah dinegara-negara atau tempat yang terdapat umat Islam dari kalangan faqir dan miskin adalah sangat-sangat digalakkan ,lebih-lebih lagi membantu golongan yang tidak berkemampuan adalah tanggungjawab setiap umat Islam samada dekat atau pun jauh.Ini sesuai dengan firman Allah swt dalam surah an-Nisa ayat 36 :

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri,”

Dalam memberi maksud perkataan Mufassirin berselisih pendapat.Dekat dan jauh di sini ada yang mengartikan dengan tempat, hubungan kekeluargaan, dan ada pula mengatakan antara yang muslim dan yang bukan muslim.


WA

0 comments:

Post a Comment