January 11, 2010

Sembelihan Orang Perempuan Tak Boleh Dimakan?

Postby Al-Ghuraba' »

salam

disini, minta panel betulkan situasi dibawah..

1. betul ker ketika sembelih, pisau tidak boleh diangkat, maksudnya sekali lalu je...

2. betul ker , sembelihan oleh org perempuan , haram dimakan oleh lelaki..(melampau benor....)

Jzk.


_____________________________________
Postby kamin »
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab dengan soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.


betul ker ketika sembelih, pisau tidak boleh diangkat, maksudnya sekali lalu je...

Diantara salah satu syarat penyembelihan adalah : hendaklah proses memotong itu dlakukan sekaligus dan pantas. Jika binatang tersebut disembelih secara perlahan, maka binatang itu akan menggelupur sebelum proses tersebut selesai. Setelah itu, binatang tersebut akan terus mati, maka semeblihan ini tidak halal dimakan. Binatang tersebut dikatakan kehilangan hayat mustaqirrah. [al-Fiqh al-Manhaji, 1/479].

Binatang yang disembelih secara cepat dan sekaligus, akan menggelupur selepas itu. Ini menunjukkan ia masih mempunyai hayat mustaqirrah, dan kemudiannya baru mati, maka dagingnya halal dimakan.


betul ker , sembelihan oleh org perempuan , haram dimakan oleh lelaki..(melampau benor....)

Tidak, ulama sepakat menyetujui bahawa sembelihan wanita muslimah adalah halal di makan oleh sesiapapun. Surah al-Maaidah ayat 3 tidak membezakan wanita atau lelaki melakukan penyembelihan.

Didalam sebuah hadith riwayat al-Bukhari yang diriwayatkan oleh Ubaidullah, bahawa Naafi' telah mendengar Ka'ab ibn Malik meriwayatkan dari bapanya bahawa mereka pernah mempunyai kambing dan binatang tersebut dilepaskan merayap di Bukit Sala', di kota Madinah. Salah seorang dari hamba wanita menyedari bahawa seekor kambingnya berada didalam keadaan kematian, lalu dia memecahkan batu dan menyembelihnya. Kata beliau : 'Jangan makan sehingga aku bertanyakan kepada Nabi :saw atau Aku menghantar seseorang untuk bertanya kepada baginda.' Maka dia bertanya kepada Nabi :saw, atau menghantar seseorang untuk bertanya, dan baginda memberitahunya agar memakan daging tersebut.

Ubaidullah menegaskan bahawa si-penyembelih merupakan seorang hamba wanita dan dia berupaya menyembelihnya.

Dalil ini menunjukkan bahawa wanita pun dibolehkan menyembelih binatang.

Malah, Ibn Qudamah rh mengatakan bahawa walaupun dia dalam keadaan junub sekalipun, dibenarkan membaca Bismillah dan melakukan penyembelihan [al-Mughni, 11/61]. al-Munzir menjelaskan bahawa penyembelihan wanita yang datang haidh sama dengan orang berjunub didalam kes ini [al-Majmu' Sharh al-Muhazzab, 9/74]. WA

Sekian, wassalam

5 comments:

Anonymous said...

terima kasih :)
bru tau kebenaran,sembelian wanita boleh dimakan lelaki.

darkcoco88 said...

bagaimana kalau ada lelaki yang berkemampuan pada masa yang sama?

adakah lelaki atau perempuan tersebut yang harus melakukan sembelihan?

Anonymous said...

nak tanya jugak, daging korban bolehkah dimakan oleh orang bukan Islam?

Admin said...

tak semestinya utamakan orang lelaki dulu cuma kebiasaan kita serahkan kerja itu dilakukan oleh orang lelaki yang ada...

Admin said...

tak salah daging korban diagihka pada bukan Islam kerana di antara mereka adalah jiran kita, ada yang fakir miskin ada yang dari keluarga sendiri selama mereka tidak memerangi Islam.

sila rujuk: http://makanansembelihan.blogspot.com/2010/01/daging-korban-bolehkah-diagihkan-kpd.html.

Post a Comment