January 10, 2010

Telah Menggunakan Bahan Pencuci Muka Haram

Postby hambaNya »

salam..

saya baru mendapat tahu bahawa pencuci muka RDL babyface mengandungi bahan yang tidak halal iaitu lemak babi setelah disahkan oleh seorang doktor. soalan saya:

1. adakah saya perlu menyamak anggota (muka) saya yg menggunakan bahan tadi?

2. adakah sah ibadat (solat) saya yang lepas?

3. kalau tidak sah, wajibkah saya mengqada` solat saya yg lepas2 itu setelah saya mengetahuinya sekarang?
wassalam

___________________________
Postby thtl »

wassalam

Jawab:

RDL Babyface bukan sahaja mengandungi bahan haram tapi juga bahan berbahaya dan diban di Filipina.

1. Anda tidak perlu "menyamak" muka anda kerana samakan ialah utk industri kulit sahaja.

2. Solat anda sebelum ini sah

3. Tidak perlu Qadha solat.

Dalil2:

1. "Allah menginginkan utk memberi keringanan terhadapmu dan manusia diciptakan dalam keadaan lemah." AQ 4:28

2. "Allah mengecualikan dari umatku kesalahan, kelupaan dan apa yg dipaksakan atasnya." (Ibn Majah dari Ibn Abbas; Hasan menurut asyuyuti dan alManawi) (Ruj: alQaradawi, awamil asSa'at) WA

0 comments:

Post a Comment