January 12, 2010

Apa Hukum Makan Belangkas

Postby Guest »

Assalamaualaikum.

Saya difahamkan oleh sesetengah pihak bahawa belangkas adalah sejenis binatang dua alam, (benarkah begitu) disebabkan ia hidup di lautan dan kemudiannya naik ke pantai untuk bertelur. Jadi, ada pendapat makan belangkas adalah haram disebabkan 2 alamnya itu. Tapi jika gunakan hujah 2 alam belangkas itu, bagaimana pula dengan penyu. Penyu juga hidup di lautan dan naik ke darat untuk bertelur. Jika belangkas di katakan haram, jadi penyu juga haram dimakanlah yerk...

So, saya jadi confius kat sini. Sebab ada pendapat mengatakan penyu boleh dimakan. Jadi tabiat penyu dan belangkas adalah sama iaitu bertelur di darat....so camanalah pulak boleh datang pendapat yg mengatakan belangkas tu haram...padahal belangkas tu sedaaaap dimakan lebih2 lagi tang telurnya.

Jadi, pendekkan cerita....nak tanya panel AAN, apa hukum makan belangkas? Haram atau Halal?

Tengkiu...wassalam


_____________________________________
Postby kamin »

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Berikut kami petikkan jawapan dari ruangan Soal-Jawab JAKIM mengenai isu makan belangkas :-

Belangkas harus dimakan, Secara perinciaannya binatang yang boleh dimakan dan tidak adalah seperti di bawah:

i)HAIWAN DARAT

Semua haiwan darat halal dimakan kecuali:

a) Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
b) Babi
c) Anjing
d) Haiwan yang bertaring yang digunakan untuk mencakar dan membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah dan seumpamanya.
e) Burung yang mempunyai kuku pencakar atau makan menyambar umpamanya burung helang dan seumpamanya.
f) Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya iaitu seperti tikus, kala, burung helang, lipan dan seumpamanya.
g) Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya iaitu seperti semut, lebah dan burung belatuk.
h) Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya.

i) Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, ketam batu dan seumpamanya.

ii) HAIWAN AIR
Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikatnya di air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.

Pada pendapat Mazhab Syafi'ie ada haiwan yang harus dimakan telurnya tetapi haram memakan binatang tersebut seperti penyu. tuntung dan seumpamanya.


sumber : http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_ ... enDocument

3 comments:

Anonymous said...

tak sedap... sy makan belangkas bakar buat pertama kali... rasa pelik...

Anonymous said...

kita di Malaysia semua belajar dan faham akan ilmu dari mazhab shafie sahaja berlandaskan hujah2 beliau.Lain-lain mazhab kita tak faham satu benda pun. Lainlah jika kita pakar pada empat2 mazhab nih...so kita pegang hukum haram kita makan binatang begitu....tetapi boleh memakan telurnya. Wallahua'lam

Anonymous said...

salam..
dipohon kepada ahli panel supaya dapat meluruskan kekeliruan dan ketidakfahaman atas ilmu kami yang kurang dalam bab-bab sebegini.
secara jujurnya jawapan di atas belum memenuhi persoalan sahabat yang bertanya juga diri saya sendiri.
saya juga berpendapat jika belangkas harus dimakan mengapa penyu, tuntung, labi-labi haram dimakan sedangkan kesemua binatang ini juga hidup 2 alam?
dipohon penjelasan sedetailnya daripada pihak tuan..

adakah hanya uruf masyarakat melayu yang memang memakan belangkas menjadi dalil keharusan memakan belangkas? kalau disebabkan uruf maka ia sama seperti hadis Khalid al Walid memakan biawak dhabb. bagaimana pula dengan kebiasaan sesuatu masyarakat memakan labi-labi? haramkah hukumnya atau haruskah hukumnya mengikut hadis Khalid al Walid?

bagaimana pula dengan haruan, keli dan beberapa spesis ikan yang boleh hidup beberapa hari di darat tanpa air.. apakah hukumnya adakah ia dikira hidupan 2 alam juga? semua persoalan ini mengelirukan bagi golongan seperti kami yang kurang ilmu.

yang menanti jawapan
wassalam..

Post a Comment