January 12, 2010

Makan Di Restoran Iran

Postby Hasry »

salam

Apa pandangan ahli panel tentang Restoran kepunyaan orang Iran yg ada di sekitar Lembah Klang. Apakah dibolehkan utk kita menjamu selera di restoran tersebut. Maklumlah umumnya kita menganggap Syiah itu Iran, Iran itu Syiah.


Jzk

_______________________________
Postby al-jawhar »

Al-hamdulillah...

al-Jawab :

kami tidak nampak sebarang larangan pun dari memasuki mana-mana restoran kepunyaan orang Iran dengan tujuan untuk makan dan minum di situ , walaupun tuan punya restoran dan seluruh pekerjanya adalah berfahaman syi'ah.Malah , kita memang dibolehkan untuk menjamu selera di mana-mana restoran non-muslim sekiranya direstoran tersebut tidak dihidangkan makanan yang diharamkan dalam Islam apatah lagi jika kesemua bahan masakan yang digunakan dibeli atau dibekalkan dari orang Islam.

Firman Allah swt dalam surah al-Maidah : 5 :

“Hari ini dihalalkan yang baik-baik buat kamu dan begitu juga makanan orang-orang yang pernah diberi kitab (ahli kitab) adalah halal buat kamu, dan sebaliknya makananmu halal buat mereka.”

WA

0 comments:

Post a Comment