January 11, 2010

Bagaimana Acara Melakukan Aqiqah Anak

Postby judyn »

salam

Sy sdg menantikan kelahiran anak ke -4 dlm bln 11 ini. Sy tinggal di tmn perumahan yg agak kurang amalkan gotong-royong (dlm kes kenduri). Sy bercdg utk buat aqiqah bg anak sy ini. Plan sy spt:-

1) beli seekor kambing
2) tanya imam masjid berdekatan utk menguruskan kambing tu, iaitu sembelih, lapah dn masak.
3) sebahagian sy berikan kpd masjid dn sebahagian lg sy bawa pulang ke rumah utk dibuat sedikit majlis cukur.
4) sy akan ajak imam masjid tu utk majlis cukur dn jemput jiran2 utk meraikan sedikit kenduri.

Apakah plan sy ini elok dr segi adat dn sunnah? Tk kpd panel AAN yg sudi memberi input.

wassalam


_________________________________
Postby kamin »

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insyallah.

Pertama kali kami ingin mengucapkan tahniah, dan berdo'a agar anak tersebut selamat dilahir dan moga-moga ibunya berada didalam keadaan selamat. Amin.

Mengenai memberi seekor kambing bagi tujuan aqiqah ini merupakan sunnat kepada anak perempuan. Jika bayi yang dilahirkan itu lelaki, maka adalah sunnat di sembelihkan 2 ekor kambing, sebagaimana yang diriwayatkan oleh A'isyah ra katanya :

"Sesungguhnya Rasulullah saw mengarahkan mereka menyembelih 2 kambing yang serupa bagi anak lelaki dan 1 bagi anak perempuan" -[Hadith riwayat al-Tirmudzi; beliau mengatakan Hasan Sahih; Ibn Majah %3163, Sahih al-Tirmudzi #1221].

Tidak mengapa untuk mengupah mana-mana orang itu menguruskan proses menyembelih, melapah dan memasak kambing tersebut.

Mengenai pengagihan daging tersebut, berikut kami paparkan dalil-dalinya :-

Diriwayat bahawa 'Aisyah ra. berkata mengenai daging aqiqah :-

"Ia hendaklah di potong berkeping2, kemudian dimakan dan diberi kepada yang lain" [Riwayat Ibn Abi Shaibah didalam al-Musannaf, 5]

Di riwayatkan bahawa Ibn Sirin dan Hasan al-Basri berkata :

"Sesungguhnya disisi mereka bahawa aqiqah dianggap seperti korban, dimakan (sebahagian) dan diberi (sebahagian)" [Riwayat Ibn Abi Shaibah]

Berkata Ibn Hazm rh :-

"Aqiqah hendaklah di makan sebahagiannya, diberi sebagai hadiah dan disedekahkan" [al-Muhallaa].

Daging aqiqah tersebut bolehlah diagih ke masjid, diberi kepada tetamu yang datang kerumah untuk kenduri cukur rambut(seperti mana yang di rancangan) dan tidak lupa juga jika ada lebih, diberikan sebagai sedekah kepada kafir miskin.

Anda juga boleh mengagih daging tersebut secara mentah atau memasaknya dan diberikan kepada orang miskin, saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai dsb [Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah, 11/442]. WA.

Sekian, wassalam

6 comments:

suhana mohamed said...

bagaimana dgn anggota kambing yg tidak dapat dimakan seperti, kepala, tulang2 kaki...adakah wajib ditanam pada hari yg sama. daging yg sudah dimasak pula...jika agihan tidah habis..bolehkah disimpan untuk dibahagi2 kan pada esok harinya?

Anonymous said...

kambing untuk anak perempuan jantan k betina

izsofea said...

"kafir miskin" atau "fakir miskin'?

Anonymous said...

Sure la fakir miskin. Xkan nak tanya lagi..

Anonymous said...

hahaha... typo la tuh...

Unknown said...

konto

Post a Comment