January 12, 2010

Adakah Fatwa Ikan Besar Kena Sembelih?

Postby malan »

Assalamualaikum

Saya ingin mendapatkan penjelasan berkenaan masalah ini :

Saya baru sahaja selesai mendengar kuliah seorang Ustaz berkaitan sembelihan. Dalam kuliah tersebut Ustaz berkenaan ada memaklumkan bahawa bagi IKAN YANG BESAR KITA KENA SEMBELIH PADA BAHAGIAN EKOR?? Adakah perkara ini terdapat nas?

Jazakallah kepada semua ahli penal.


___________________________________
Postby al-jawhar »

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Kami tidak menjumpai sebarang riwayat/pendapat yang menyuruh menyembelih ikan yang besar di bahagian ekornya.

Ini kerana , sembelihan hanya berlaku pada haiwan berkaki empat yang hidup di daratan sahaja, sebagaimana sepakat ulama dan ahli Ilmu.Begitu juga tempat sembelihan itu mestilah di bahagian leher, tempat terdapatnya dua urat yang disebut sebagai al-Widjain , bukannya di ekor sebagaimana yang didakwa.

Berkata Al-Wazir tentang haiwan yang hidup didarat : “Telah sepakat Ulama , bahawa haiwan daratan yang halal dimakan , menjadi tidak halal melainkan dengan disembelih, sebagaimana telah sepakat ulama bahawa bangkai itu adalah haram.”

Begitu juga As-Syaikh Abdullah bin Hamid : “Sepakat Ulama mengatakan bahawa tempat sembelih ialah dibahagian al-Halq dan tidak harus dibahagian selain daripada itu.

WA

Ruj :
Taudhih al-Ahkam min Bulughil Maram , As-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-bassam , bab Sembelihan.

1 comments:

scud said...

ikan disembelih dgn tujuan spy ia cepat mati.. cthnya, ikan besar yg dinaikkan pemancing.. ini kerana, mbiarkan ia lama di daratan akan lebih menyeksakan.. jd, dipohon bgaimana cara sembelihan di ekor ikan tersebut...

Post a Comment