January 11, 2010

Sudu Bekas Yang Digunakan Oleh Bukan Islam

Postby hanak »

salam

Ustaz, baru² nie kawan ana ada bertanya satu soalan berkenaan dengan camca/sudu yg dimakan oleh orang bukan islam.Kita tidak tahu samaada orang bukan islam itu makan babi atau tidak tetapi sekiranya ia makan babi apakah hukumnya kita makan dengan menggunakan camca/sudu yg dimakan olehnya walaupun sudu itu telah dibasuh. Sekian.

wassalam


________________________
Postby g@y@t »

salam

Apa yg ghaib dari kita tidak perlu di selidiki. Memadai membuat suatu basuhan kosong. Inilah Fatwa Qardhawi dalam Halal dan Haram berdasarkan kisah sahabat yg musafir dan diberi pinggan mangkuk yg digunakan untuk daging khinzir, bila diajukan kepada Nabi saw, baginda menyuruh dibasuh sekali lagi sebelum menggunakannya. berikut maksud lengkap hadis yg berkaitan.

Dari Abu Tasa'labah al-Khusyani katanya, Saya berkata, "Hai Nabi Allah! Saya tinggal di daerah Ahlul Kitab, bolehkah saya makan dengan mempergunakan piring mereka? Saya tinggal di daerah pemburuan, di mana saya berburu dengan mempergunakan panah, seekor anjing yg tidak terlatih untuk berburu dan seekor anjing lagi terlatih. Manakah yang lebih baik untuk saya?"

Rasul berkata, "Mengenai apa yang engkau sebutkan tentang Ahlul Kitab, seandainya kamu dapat memperoleh piring lain, janganlah makan di piring Ahlul kitab itu. Tetapi kalau tidak ada yang lain, cuci terlebih dahulu dan makanlah di sana............" [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Ulama' mengatakan basuhan itu memadai dgn sekali basuhan dan tidak perlu air tanah. Kalau nak hujah yg lebih baik, sila lihat Fathul Bari. WA.

wassalam

2 comments:

halimah hashim said...

assalamualaikum

Ana ingin bertanya apakah hukum meninggalkan dan membuang makanan yang tidak habis di makan di dalam pinggan kerana kenyang atau berhenti makan

wassalam

Anonymous said...

PAHALA MENJADI ISTERI PERTAMA
Assalamualaikum

Ana ingin bertanya tentang pahala bermadu. benarkah seperti yang di katakan isteri yang membenarkan suami berkahwin lain akan mendapat payung emas di akhirat nanti. boleh tak ustaz serta kan hadith2 tentang pahala untuk isteri2 sebagai motivasi kepada wanita mukmin untuk memperjuang kan sunnah ini

Post a Comment