Postby hambaMu »
salam
Saya ingin bertanya, adakah dibenarkan dalam ibadah qurban kita berkongsi dengan ramai orang utk qurban 1 bahagian.
Sepanjang pembacaan, ibadah qurban hanya utk yg berkemampuan.
Tapi kalau sebuah kumpulan, cthnya pelajar yang asalnya tidak mampu, tetapi contohnya 1 bahagian lembu berharga RM350, maka dibahagikan kepada 20 pelajar utk mengumpulkan duit hingga RM350 utk melakukan qurban 1 bahagian sahaja.
Adakah ini dibenarkan?
Harap dapat penjelasan sblm raya qurban nih.
wassalam
__________________________________________
Postby Abu_Umair »
- Seekor haiwan korban (unta, lembu atau kambing) boleh dilakukan korban untuk seorang lelaki bersama-sama dengan seluruh ahli keluarganya. Sebagaimana ditunjuki oleh hadis-hadis sahih.
- Begitu juga satu bahagian korban (1/7) boleh dijadikan korban untuk seseorang bersama-sama dengan ahli keluarganya menurut sesetengah ulama, dan dipilih oleh Syeikh Bin Baz dalam Majmuk Fatawa (18/43).
- Tetapi satu bahagian (1/7) dibahagikan kepada beberapa orang yang bukan ahli keluarga, kami tidak menemui fatwa yang mengharuskannya -setakat pencarian kami-.
- Jika para pelajar tidak mampu untuk melakukan korban, mereka boleh bersedekah dengan kadar yang mereka mampu.
Wallahu A'lam.
January 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment