Postby budakpenang »
salam
Sejauh mana kebenaran makan kepala ikan boleh melupakan hafalan? adakah ia bersumberkan hadis dan juga al-quran dan juga amalan para alim-ulamak??...
Harap dapat penjelasan yg sebaiknya dari ahli panel...
wassalam
____________________________
Postby kamin »
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr budakpenang dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Pada dasarnya, sumber laut ini halal dimakan. Firman Allah swt :-
"Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran" - [Surah al-Maa'idah : 96]
Nabi :saw menyatakan kepada kita bahawa adalah halal memakan ikan yang telah mati dari laut dan tidak ada bahagian yang
dilarang memakannya, termasuklah dari bahagian badan, mata, ekor, kepala dsb..
Setakat ini, belum lagi saya berjumpa dengan nas atau penemuan saintifik yang mengatakan bahawa makan kepala ikan boleh menghilangkan hafalan. :aklam
wassalam
January 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment