Postby MicroScript »
Assalamualaikum WarahmatulLah,
Apakah boleh dimakan ikan KELI dan seumpamanya, kerana ikan tersebut memakan Najis - seperti kebanyakkan kata orang, dan digerai2 pun ikan2 ini banyak juga diniagakan ?
Sekian
****************************
Postby thtl »
:wassalam
Ikan keli dari jenis keluarga catfish termasuklah ikan duri, baung adalah sejenis binatang dasar (yg hidup di dasar sungai, kolam atau muara-muara sungai) dan ia makan semua benda termasuk najis. Dalam fiqh haiwan yg makan najis ini dinamakan 'Jallaalah' dan termasuklah keldai, kambing, lembu, ayam, itik, angsa, serati. Binatang yg asalnya halal di makan, tapi jika didapati memakan najis, maka ia jatuh hukum binatang 'Jallalah'.
Dalam hal ini terdapat hadis yg menerangkan bgmn sikap Islam terhadap Jallaalah. HR Ahmad, anNasa'iy, dan Abu Daud dari Amr bin Syu'aib ra, Rasulullah saw melarang daging himar (keldai) kampung dan (binatang jallalah), menunggang dan memakan dagingnya."
Madzhab Syafi'iy mensyaratkan binatang Jallalah ini diquarantine (dikurung dan diberi makan makanan bersih selama beberapa hari) barulah boleh di makan.
Allamah Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah) mendokong pendapat ini.
Ini bermakna jika kita lihat ikan keli itu (yakin) ia datang dari habitat yg bernajis (sungai yg tinggi pencemarannya), atau dibela dalam kolam yg diberi makan najis (perut ayam), maka jika anda ingin memakannya hendaklah dikurung dalam dalam air bersih (kolah) dan diberi makan yg bersih selama beberapa waktu, barulah ia boleh di makan. Tanda ikan keli yg diberi makan najis ialah baunya (sebab itu ikan keli yg dipelihara dalam kolam atau datangnya dari habitat yg kotor (longkang atau sungai yg tercemar) akan mengeluarkan bau yg tidak enak.
Jika anda tidak tahu asal usulnya ikan atau binatang lain dan ragu2 apakah ia jallalah atau tidak, maka prinsip umum yg dijelaskan oleh Ustaz Pendekar hendaklah digunapakai sepanjang masa.
Sekian , Allahu a'alam
January 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Pelbagai info2 menarik berkaitan ikan keli....
http://kelipenang-aquamutiara.blogspot.com/
perut ayam najis ke?
Post a Comment