Postby kashsul »
Assalamualaikum,
Orang yg berniat untuk berkorban dilarang memotong kuku dan rambut dari masuk 1 Zulhijjah sehingga 9 Zulhijjah dan disunatkan berpuasa. Soalannya:
1- Apakah ibadah ini untuk merai' seperti mana orang yang menunaikan haji ?
2- Apakah dilarang juga perbuatan jimak spertimana tempoh tersebut?
minta penjelasan.
Wallahu a'llam
_____________________________________
Postby Abu_Umair »
1- Hikmahnya ialah sebagaimana disebut oleh Syeikh Bin Baz:
"Hikmah larangan ini ialah apabila seorang itu ingin menawarkan korban, dia seolah-olah menyertai jemaah Haji didalam salah satu ibadat Haji - dengan kata lain mendekatkan dirinya kepada Allah swt dengan menyembelih korban, dia juga menyertai beberapa ciri-ciri Ihram, iaitu dilarang memotong rambut dan sebagainya."
2- Tidak ada larangan jimak kepada orang yang ingin melakukan korban. Ia adalah khas untuk orang yang berihram.
Wallahu A'lam.
January 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment