Postby neon »
salam
Saya ada suatu kemusykilan mengenai satu maklumat yg diberikan oleh seorg sahabat iaitu ikan-ikan segar yang kita import terutamanya dari Thailand telah disuntik dgn sejenis bahan kimia yg dipanggil ' formilin' yg kebiasaannya bahan tersebut digunakan utk disuntik pada mayat 'embalm' untuk tujuan pengawetan.
Apakah pandangan syara' di dalam sudut ini apabila umat Islam memakan ikan2 tersebut.
wassalam
_________________________________
Postby ziy@d »
salam
Kaedah:
1. - Asal sesuatu perkara adalah mubah
2. - Soal ibadah tidak boleh dikerjakan kecuali dengan syariat yang ditetapkan Allah; dan suatu hukum adat tidak boleh diharamkan, kecuali dengan ketentuan yang diharamkan oleh Allah
Sekiranya formilin ini tidak memudharatkan pemakannya, maka ia adalah harus. sekiranya ia memudharatkan dgn bukti2 sains dan perubatan, maka ia adalah haram spt mana dlm firman Allah S.W.T:
"...Jgnlah mencampakkan dirimu ke arah kebinasaan..." (Surah al-baqarah: ayat 195)
- setiap benda yg memberi mudharat adalah haram.
(Al-halal wal haram fil Islam, Syeikh Yusuf Abdullah Al-Qaradhawi)
January 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment