January 12, 2010

Bir Tanpa Alkohol Dari Iran

Postby MUSTAQILL »

salam

ada satu jenama bir tanpa alkohol dari iran yang akan dijual di negara ini tak lama lagi...namanya ISTAK....dikatakan mampu membina tenaga dan mengurangkan tekanan....diperbuat dari malt.....ini sangat mengelirukan.... apa hukum meminum bir ISTAK dari iran ini? adakah ia sama dengan arak? faisal tehrani yang mempromosi bir ini dalam blognya.


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Postby kamin »

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Bir tanpa tanpa alcohol yang diberi nama ISTAK ini telah lama berada di pasaran Timur Tengah dan mendapat sijil halal kerajaan Iran. Cuma di Malaysia, buat pertama kalinya sebuah syarikat, Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman jenama ISTAK' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.

Minuman ini dikatakan dihasilkan dari pemilihan malt (barli yang diperam) yang paling berkualiti. Kandungan alkoholnya adalah 0.0%.

Cuma apa yang ditegur oleh Persatuan Pengguna Islam (PPIM) dan FOMCA ialah menggunaan istilah BIR HALAL dan BIR TIDAK HALAL yang agak mengelrukan masyarakat.

Lihat : http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/n ... item.702.2

Lihat : http://www.utusan.com.my/utusan/info.as ... =dn_18.htm

KUALA LUMPUR 12 Mei - Penggunaan istilah bir halal bukan sahaja mengelirukan, malah menyakitkan hati umat Islam, kata Timbalan Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Salleh Ahmad.

Menurutnya, penggunaan istilah tersebut memberi maksud yang buruk dan boleh menimbulkan syak serta prasangka buruk bagi umat Islam yang meminumnya.

''Pihak berwajib harus mengambil tindakan segera agar isu tersebut tidak dimanipulasikan oleh pihak yang hanya memikirkan kepentingan untuk diri sendiri,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaei Ahmad berkata, istilah bir tidak wajar digunakan kerana ia sinonim dengan benda yang memabukkan.

"Istilah bir halal tidak boleh digunakan kerana ia seolah-olah memberi gambaran bahawa umat Islam menggemari arak,'' katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang tidak bersetuju dengan penggunaan istilah bir kerana dikhuatiri mengelirukan masyarakat Islam.

Baru-baru ini, Istak, sejenis minuman malt yang disahkan 100 peratus halal tanpa alkohol diperkenalkan di Pameran Halal Antarabangsa 2009 (Mihas 2009).

Sementara itu, Pensyarah Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Petaling Jaya, Dr. Azhar Yaakob berkata, istilah bir memang tidak sesuai digunakan bagi benda atau makanan yang halal.

''Perkara ini bukan sahaja mengelirukan tetapi dalam ajaran Islam itu sendiri melarang kita daripada menggunakan istilah-istilah yang tidak baik,'' katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Shaani Abdullah menjelaskan, penggunaan istilah tersebut tidak seharusnya dipandang ringan.

"Penggunaan istilah itu seolah-olah salah satu cara halus untuk menghakis nilai dan kesucian Islam itu sendiri," katanya.

Sumber : http://www.fomca.org.my/v2/index.php?op ... &Itemid=83


Sekian, wassalam

4 comments:

Anonymous said...

assalammualaikum,
saya merasa musykil ape relevanya beer tanpa alcohol ni dihasilkan dan dibawa masuk ke malaysia. saya ada membaca diblog2 lain bahawa air ni rasa dia mmg sama sperti wain yg asal tp tanpa alcohol. maknenye ianya seperti nak menjadikan budaya ber-beer ni amalan rakyat malaysia. tak begitu?? mungkin ianya seperti proses pembelajaran untuk menikmati wain yg sebenarkan?? just opinion..

Anonymous said...

0.0% alcohol?? kt jpun pn ada.. tp sy ttp anggap tu arak.. sbb 0.03% alcohol :P

org melayu islam x minum bir pn.. kalo nk bg minum pn.. tukar non-muslim nyer bir dgn bir ni lah kn.. ayooo ajar muslim minum bir kaaah..

dgr2 kt ngara lain, ada muslim yg suke mnum arak, tu pasal la dia wat "bir halal" ni kot.. tp tak relevan la rsnya utk muslim kt mlysia. klo utk non-muslim kt mlysia, ok la kot.

apa2 pn.. hrp2 btul la halal..
harap2 xde confuse2 lagi..

Anonymous said...

beer mengandungi faedah untuk kesihatan.. sila buat kajian... ok la tu ada beer tanpa alkohol...

TRUEMAN said...

Peliknya minuman ni, mengapa guna botol macam botol arak? Nak biasakan umat Islam sini dengan botol arak ke? Jadi nanti si peminum arak boleh tipu kata , ini minuman dari Negara arab....? Dulu syarikat arak Guiness keluarkan minuman malta tanpa alkhohol tapi tak dapat sambutan... jadi ini strategi baru kaa? Lagi pun Iran ni ... Negara Munafik...sebab Syiah ( Dulu zaman nabi, kita panggil kaum munafik la ni watak itu didokong Syiah sebab rukun syiah ialah taqiahnya iaitu tanda sifat munafik. Tak caya cuba kaji).

Post a Comment