April 10, 2011

Angkat Pisau Semasa Menyembelih

Postby huzaifee »
Assalamualaikum ustaz...

minggu lepas masjid tmpt sy bertugas ada wat kursus sembelih ayam kpd ahli qaryah...penceramah ada bg teori ringkas rukun dan syrt sah sembelihan. kemudian sesi praktikal. Ada 2 perkara saya musykil ::? minta pencerahan dr ustaz :

1) dikatakan baca bismillah itu tidak wajib , hanya sunat semasa sembelihan.tp dlm al-Quran dijelaskan : Allah SWT berfirman: Janganlah kamu makan sembelihan yang tidak disebut nama Allah atasnya”. (al-An’am : 121)
-ada tafsiran lainkah yg menyatakan sunat sebut bismillah?

2) masa sesi praktikal, 2 org yg praktik sembelih telah angkat pisau sblm abis potong urat.kendian dia sambung potong urat merih dan halkum tu hingga putus.
so, penceramah tu kata dua ekor ayam tu bangkai walaupun urat dipotong; sebabnya angkat pisau.
- boleh ustz bagi dalil ttg syarat angkat pisau ni..

3) masa sekolah dulu dlm buku teks Pend Islam T4 ada sbut syarat sah sembelihan ialah mesti haiwan itu mati dengan sekali sembelih...adakah ia merujuk kpd istilah menghiris berkali-kali yakni sama dgn angkat pisau diatas??

syukran...


*************************************
Postby al-jawhar »
:salam

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:

1) Hukum membaca basmalah semasa menyembelih haiwan ternakan adalah khilaf dikalangan ulama. Menurut Imam Al-Syafie dan satu riwayat daripada Imam Malik , Ahmad serta segolongan ulama berpendapat bahawa membaca Basmalah adalah sunat sahaja.Maka , jika ditinggalkan dengan sengaja bacaan basmalah tersebut atau terlupa , binatang buruan dan sembelihan itu tetap halal dimakan.

Dalil mereka ialah : (Surah al-maidah : 3)

إِلا مَا ذَكَّيْتُمْ

“…..kecuali yang sempat kamu sembelih.(sebelum habis nyawa)……”

Dalam ayat tersebut , Allah swt mengharuskan menyembelih binatang tanpa menyebut nama-Nya.

Begitu juga mereka berdalilkan kepada satu hadis riwayat Aisyah r.anha :

“Sesungguhnya di sini terdapat beberapa kelompok masyarakat yang baru sahaja meninggalkan zaman jahiliyyah mereka.Mereka menghadiahkan kepada kami daging binatang yangn kami tidak tahu adakah mereka menyebut nama Allah ke atasnya atau tidak.Sabda Rasulullah saw : Sebutlah nama Allah dan makanlah.” (HR Bukhari : 6849)

Dalam hadis di atas , suruhan membaca Basmalah adalah ditujukan disaat hendak makan dan minum.Larangan memakan sesuatu yang tidak disebutkan nama Allah swt hanyalah tertumpu kepada binatang yang disembelih untuk berhala dan bukan kerana Allah swt….Wa Allahu A’alam

Manakala golongan kedua berpendapat basmalah adalah wajib dibaca semasa berburu atau menyembelih binatang , dan apabila ditinggalkan dengan sengaja basmalah akan menyebabkan binatang tersebut haram dimakan.Ini adalah pendapat yang sahih daripada al-Imam Ahmad dan juga pendapat Ibn Sirin dan Abu Thawr.

Dalil bagi golongan ini pula ialah Firman Allah swt dalam surah Al-An’am : 121 :

وَلا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ

“Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan”

2) Jika orang yang menyembelih terangkat tangan dan pisau sebelum sempurna penyembelihan dan kemudian ia kembali menyempurnakan penyembelihannya , maka hal seperti ini adalah harus kerana ia telah melukainya dan segera menyempurnakan penyembelihan.Lagi pun ketika itu binatang tersebut masih hidup.Maka ia termasuk dalam firman Allah swt surah al-Maidah : 3 :

إِلا مَا ذَكَّيْتُمْ

“…..kecuali yang sempat kamu sembelih.(sebelum habis nyawa)……”

Sekiranya binatang itu mati sebelum sempat si penyembelih menyempurnakan sembelihannya , maka binatang itu tidak harus dimakan…..Wa Allahu A’alam

3) Dalam mazhab Imam Syafie , disyaratkan cepat-cepat menyembelih dan dengan cara sekaligus.jika terlambat sehingga haiwan berkenaan sampai ke tahap harakah mazbuh sebelum sempat memotong urat halqum dan juga marih , maka batallah penyembelihan tersebut.

WA

Ruj :

Haza Halalun Wa Haza Haramun . Abd Qadir Ahmad Ata.
Himpunan Isu-Isu feqah terpilih , Dr.Basri Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari

Makanan Di Luar Negara

Postby Guest »

:salam

Kehidupan di luar negara memerlukan kita belajar mengadaptasi dgn keadaan dan mengambil fiqh yg sesuai dgn keadaan disini. Pendapat saya, pembelajaran isu fiqh walaupun ianya perkara ranting (bukan mcm isu tauhid) dari kepelbagaian sumber, nas, ijtihad, qias etc memberi banyak manfaat, bukan bermaksud kita perlu meringankan kaedah taqlid kepada mazhab lain tetapi lebih memahami dan mempelajari betapa luas ilmu Islam itu.

Saya setuju setiap ilmu fiqh baik yg kontroversi(ni kalau diskus dgn org yg kurang ilmu dan menganggap kita pulak yg tak tahu) mcm isu fatwa ibnu taymiyyah pasal isu E471 derivatives mahupun yg straight foward memerlu kefahaman ilmu yg tajam akan islam.

Berbalik pada soalan saya;

1) Kekadang bila kita makan di luar negara kita lebih particular supaya tidak bercampur dgn makanan haram seperti ham. Jika seorang penjual memegang ham, lepas tu buat makanan tuna sandwich untuk kita, perlu ke kita particular ie takut lekat zat2 ham kat roti kita? Setahu saya kita haram memakan, pada Syafii ham (zat babi) juga najis, tetapi ada pendapat ham bukan najis berat cuma haram dimakan.

2)Perlukah kita menjadi macam detective, ie kekadang ada kawan saya tanya adakah fries/chips dicampur dgn bahan yg haram mcm lard atau dimasak sekali dgn ayam tak halal?

3)Adakah gelatin boleh dimasukkan dalam fatwa preservatives keluaran European Fatwa and Research Council? Bagaimana dgn margarine atau sumber haram lain tapi bertukar nama?

Jazakallah


*******************************
Postby g@y@t »
w'salam,

1) Apabila dilihat secara zahir berlakunya situasi demikian, iaitu org yg memegang ham kemudiannya memegang makanan kita, maka haram juga utk kita memakannya. Keharaman memakan adalah krn berlaku pemindahan zat kpd makanan kita sedangkan zat babi itu haram dimakan secara ijma'. Tetapi jika kita hanya berprasangka bhw sipenjual itu memegang makanan kita sblm membasuh tangannya, maka tidaklah haram atas kita memakannya. Krn asal sesuatu itu halal melainkan ada dalil yg mengharamkannya.

2) Kita tidak perlu menjadi detektif. Namun, kita perlu menjalankan tugas sebg seorang muslim iaitu mencari makanan yg halal. Dan memeriksa kandunganpada paket2 termasuk dalam kewajipan kita sebagai org Islam. Sekiranya pada zahir ianya halal, maka tidak perlulah kita mengorek hingga ke lubang cacing memeriksa asalnya makanan itu.

3) ya, gelatin dan apa shj bentuk makanan yg melalui proses perubahan kimia (bukan perubahan bentuk shj), termasuk dalam skop fatwa tersebut.

Perlu diingatkan, hukum boleh berubah megikut keadaan setempat. Apa yg diringankan dinegara bukan Islam, tidak bermakna boleh diamalkan di negara kita. Sebagai cth, ana lebih cenderung utk tidak menerima fatwa European Council itu apabila berada di negara kita.
WA.

wassalam

alhalal walharam fil islam
Dr Yusuf alQaradhawi

November 13, 2010

Bolehkah Lembu Dibahagi 7: 4 Untuk Korban 3 Untuk Aqiqah

Antara pertanyaan yang sering diajukan menjelang Idul Adha.

  • Bolehkah seekor lembu dikongsi beberapa orang untuk tujuan korban? Seekor lembu di bahagi berapa?
  • Bolehkah lembu yang dibahagi 7 dikongsi untuik tujuan korban dan aqiqah?

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~~~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Untuk menjawab persoalan ini, panel feqh al-ahkam.net al-fadhil al-ustaz albaruhiyy menjawab:

Dalam hadis sahih riwayat Jabir

فأمرنا رسول الله - صلى الله عليه وسلم - أن نشترك في الإبل والبقر كل سبعة منا في بدنة

Maksudnya : Maka Rasulullah s.a.w memerintahkan kami supaya berkongsi dalam seekor unta dan seekor lembu, iaitu setiap tujuh orang dari kalangan kami berkongsi seekor unta. [Muslim]

Namun, dalam persoalan ditanya, dalam seekor lembu apakah harus dijadikan 4 untuk akikah dan 3 untuk korban.

Melihat kepada fatwa-fatwa ulama, ia menyerupai masalah mencampurkan niat dalam satu ibadat. Dalam fatwa islamqa ada dinyatakan masalah sekiranya seorang ingin menyembelih haiwan dan ia berniatkan korban dan akikah sekaligus, adakah harus?

Ada dua pendapat dalam masalah ini.

Pertama: Tidak harus dilakukan, mesti diasingkan niat. Ini adalah pandangan mazhab Syafie. Hujahnya ialah ibadat korban dan akikah ini mempunyai maksud dan tujuan khusus bagi setiap satu. Bahkan kedua-duanya mempunyai sebab yang berlainan.

Pendapat kedua: Harus mencampurkan niat akikah dan korban dalam satu haiwan sembelihan. Hujahnya ialah kerana maksud dan tujuan penyembelihan ialah untuk taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah Taala. Ada riwayat dari Hasan menyebut (Musannaf Ibn Abi Shaybah (5/534):

عَنْ الْحَسَنِ قَالَ : إذَا ضَحُّوا عَنْ الْغُلَامِ فَقَدْ أَجْزَأَتْ عَنْهُ مِنْ الْعَقِيقَةِ .

Maksudnya “Jika kamu melakukan sembelihan korban untuk bayimu, maka ia memadai untuk akikah”

Sheikh Muhammad bin Ibrahim r.h memilih pendapat ini, katanya :

لو اجتمع أضحية وعقيقة كفى واحدة صاحب البيت ، عازم على التضحية عن نفسه فيذبح هذه أضحية وتدخل فيها العقيقة

Maksudnya : Sekiranya korban dan akikah berhimpun, maka memadai dengan melakukan satu sahaja untuk tuan rumah, ia berazam untuk melakukan korban bagi dirinya, maka ia menyembelih korbannya, dan akan masuk di dalamnya ibadat akikah.

Hasilnya ialah, dalam masalah di atas iaiatu (7 bahagian, 4 niat akikah, 3 niat korban) insyaAllah harus dan dibolehkan kerana tujuan penyembelihan tetap sama iaitu taqarrub kepada Allah Taala.

Wallahualam

Rujukan
http://islamqa.com/ar/ref/106630
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=98&t=38747&start=0

January 12, 2010

Hadis Aisyah

Postby mercury »

assalamu a'laykum

adakah hadis2 'aisyah yg berikut menunjukkan hukum menahan diri dari memotong kuku dan rambut bagi org yg mahu berkorban tidak wajib (hanya sunat)?
saya 'copy' dari sahih muslim:

Sebahagian Aqiqah Sebahagian Korban

Postby Khay4_me »

salam

apakah dibolehkan dalam (7 bahagian) seekor lembu... 4 bahagian diniatkan utk Aqiqah dan bakinya 3 bhg lagi diniatkan utk Korban? Mohon datangkan dalil yang jelas berkenaan perkara tersebut. Sekiranya dilaksanakan penyembelihan lembu tadi mengikut pembahgian tersebut... apakah SAH ibadat Korban dan Akikah tersebut? Jazakallah. wassalam.

Syak Status Halal Sesuatu Makanan

Postby awoi »

Assalamualaikum,

1)saya tak tau nk letak topik kat mana, so saya pilih jelah under isu semasa.

Saya nk tanya, apakah status nya untuk kita atau dari segi hukum apabila kita makan benda yg kita sendiri xtau status halal or haram. kalau kita tau benda tu halal xde masalah, tp kita x tau. kalau kita was-was, maka kita x bleh makan makanan itu atau boleh?kalau di tempat lain mcm mana, kalau di malaysia x perlu lah kot sbb kita ada byk lagi makanan halal yg lain.

Daging Khinzir Sahaja Yang Haram

Postby Guest what »

salam

Kemusykilan saya ttg, adakah yg yg diharamkan keatas babi itu hanya DAGINGnya shj... atau keseluruhannya. Hujah dorang : dalam quran hanya sebut "wa lahmah khinzir..."

Mohon penjelasan & maaf sekiranya soalan ulangan. terima kasih

Lozenges Sakit Kerongkong Ada Alkohol

Postby Guest »

salam

Setengah-setengah lozenges macam Strepsil ada mengandungi alkohol. Lozenges yang saya dapat dari klinik berjenama "Domidin" tidak ditulis mengandungi alkohol, tetapi Bromide dan Domiphen. Kalau kena pakaian solat takpe ke bawak solat, since tak tulis ada alkohol? Atau setiap lozenges itu memang ada alkohol ?